Header Ads

Terperangkap Di Segi Tiga Bermuda, Juruterbang Malaysia Ini Laungkan Azan Untuk Keluar.

BERMUDA Triangle atau dalam Bahasa Melayu, Segitiga Bermuda merupakan satu kawasan di barat Lautan Atlantis yang dilingkari satu garisan bayangan, seluas 1,140,000 km persegi (lebih kurang 440,000 batu persegi).

Bermula dari Pulau Bermuda ke Florida kemudian ke Puerto Rico dan berpatah semula ke Pulau Bermuda.Di kawasan segitiga ini berlaku banyak kehilangan kapal laut dan kapal terbang tanpa dikesan.

Sebelum dikenali sebagai Bermuda Triangle atau Segitiga Bermuda dikenali dengan banyak nama. Antaranya adalah Segitiga Syaitan, Kawasan Kehilangan; Segitiga Maut dan lain-lain lagi. la memperolehi nama Bermuda Triangle setelah tersiar sebuah rencana berjudul The Deadly Bermuda Triangle dalam majalah Argosy sekitar tahun 1964.

Seorang juruterbang yang juga anak Malaysia, Kapten Dion Abu Bakar, pernah mengalami kejadian aneh di Segitiga Bermuda. Menurut beliau, ketika melalui kawasan Segitiga Bermuda, keadaan sekeliling sama ada langit, lautan, kiri atau kanan putih seperti kapas.

Tiada lain yang beliau ingatkan pada ketika itu kecuali Allah dan beliau melaungkan Azan. Sejurus selepas itu keadaan kembali seperti sediakala tetapi pesawat yang dipandu beliau berada dalam keadaan ‘spiral dive’ menjunam ke laut. Namun kecekapan beliau memandu kapal terbang menyebabkan kapal terbang dapat dikawal sepenuhnya dan akhirnya beliau selamat tiba di Florida.

Mengenai Kapten Dion, dia pernah menjadi seorang juruterbang sewa khas untuk syarikat penerbangan Air America sekitar 1970-an. Menurut Dion, dia mempelajari ilmu penerbangan di Singapore Flying Club pada tahun 1964 sebaik sahaja menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah.

Antara kapal terbang yang pernah dipandunya ialah Hercules C130, Boeing 747 dan 757 serta Airbus 320. Kata Dion, pengalaman selama lebih 40 tahun sebagai juruterbang membolehkan dia menguasai lebih 10 bahasa.

Beliau pernah menghiasi muka depan majalah Her World pada tahun 1977 selain berlakon dalam filem terbitan Hollywood iaitu Beyond Rangoon dan beberapa filem tempatan seperti Bisikan Cinta dan Driving School.

Kapten Dion meninggal dunia beberapa tahun lepas di Pekan, Pahang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah.

Misteri Segitiga Bermuda Lengkap Versi Islam.

Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat dihuraikan.

Kisah misteri segitiga bermuda bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.

Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.

Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.

Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui ‘suasana’ yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat ‘pertunjukkan’. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.

Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.

Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah- wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat ditemui.

Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.

Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana.

Sumber – Jom Share

Sumber Katak Pisang

No comments