Harap jaga perasaan isteri Raissuddin Hamzah minta Shuib utamakan mentua baru
Bapa kepada allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Raissuddin Hamzah mengatakan yang dia tidak kisah andai menantunya, Shuib Sepahtu lebih memilih untuk memberi fokus kepada isteri, Watie Hanifiah kerana ia sudah menjadi tanggungjawabnya sekarang.
Tak perlu terlalu fikir tentang dirinya
Memetik laporan dari Berita Harian, penyanyi era 80an itu mengatakan yang Shuib tidak perlu terlalu memikirkan tentangnya lagi kerana tanggungjawabnya adalah menjaga perasaan Watie sama seperti dia melayani arwah Siti Sarah sebelum ini.
“Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu.
“Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.
“Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi,” katanya.
Tahu Shuib insan bertanggungjawab
Dalam pada itu, Raissuddin juga menyatakan tiada sebarang titipan pesanan diberikan kepada pelawak tersebut kerana sudah tahu Shuib sememangnya individu yang bertanggungjawab.
“Tiada apa yang ingin saya nasihatkan, Shuib seorang yang sangat prihatin dan akan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara,” katanya.
Majlis pernikahan Shuib dan Watie telah berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun 2023.
Dengan sekali lafaz sahaja, penyampai radio Suria FM itu telah sah bergelar suami kepada Watie Hanifiah yang juga seorang usahawan.
Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.
Walau bagaimanapun, arwah Siti Sarah telah meninggalkan kita semua pada Ogos 2021.
Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)
The post Harap jaga perasaan isteri, Raissuddin Hamzah minta Shuib utamakan mentua baru appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/eSV1HpF
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment