Vida nafi berpakaian sami, pergi ke kuil demi konten – “Tak masuk akal”
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil menjelaskan berhubung video tular memaparkan seorang wanita berpakaian seperti sami Buddha yang berjalan sambil menyebut lafaz ‘Bismillah’.
Menurut laporan Kosmo!, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menafikan wanita tersebut adalah dirinya selepas segelintir netizen mengatakan wajah kedua-duanya kelihatan mirip.
Vida berkata, dia tidak sama sekali melakukan perbuatan syirik sehingga membabitkan akidah sebagai orang Islam demi sebarang konten di media sosial.
“Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.
“Apa yang kalian lihat dalam media sosial itu bukan saya. Ramai ‘serang’ cakap itu saya tanpa bertanyakan sendiri kepada tuan badan.
“Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya.
Mengulas lanjut, usahawan berusia 52 tahun itu enggan mengambil peduli soal kecaman daripada kalangan netizen memandangkan dia tidak melakukan perbuatan berkenaan.
“Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” ujarnya.
Sementara itu, seorang pengguna TikTok, Azmi Jamaludin ada menceritakan serba sedikit tentang gerangan wanita terbabit yang bernama Bulent Ersoy, iaitu seorang artis beragama Islam berasal dari Turkiye.
@azmi.jamaludin Kenapa wanita yang berupa sami ini membaca bismillah di kuil ? tular di media sosial seorang wanita kelihatan seperti sami membaca bismillah di kawasan kuil. Dalam video tersebut kelihatan sami itu berjalan sambil membaca bismillah. Beliau adalah Bülent Ersoy seorang artis terkenal yang berasal daripada Turkey dan beragama islam jadi disebabkan itu beliau membaca bismillah. Bulent ersoy sebenarnya sedang bercuti di Nepal dan sengaja mengenakan pakaian seakan akan sami buddha namun tanpa disangka kedatangannya sangat meriah sehinggakan ada orang yang menyembahnya. Bülent Ersoy ini sebenarnya adalah seorang lelaki dan telah mengubah jantinanya kepada wanita. Kesimpulannya sebagai umat islam tidak wajar melakukan perkara seperti ini. Apa komen anda tentang perkara ini ? #tiktokgurumalaysia #learnontiktok #misiniaga #azmijamaludin #vcaicontest
Ersoy ketika itu dikatakan sedang bercuti di Nepal dan sengaja mengenakan pakaian seperti sami Buddha sekali gus terdapat individu yang menyembahnya di sebuah kuil.
Sumber: Kosmo! (Mohd Haikal Isa), Instagram Datuk Seri Vida, TikTok @azmi.jamaludin
The post Vida nafi berpakaian sami, pergi ke kuil demi konten – “Tak masuk akal” appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/CJrzcFp
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment