Bunuh pemandu Grab, mayat ditinggal dalam kereta! Dua lelaki dihukum gantung
Dua lelaki warga asing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini atas kesalahan membunuh seorang pemandu Grab warga tempatan pada 2018.
Menurut laporan BERNAMA, warga Myanmar Sua Lay, 38, dan warga India Gurpreet Singh, 28 dijatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing tersebut.
Foto: BERNAMA
Nurulhuda berkata, hujahan kedua-dua tertuduh yang dimaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak memahami bahasa Melayu juga tidak boleh diterima kerana tertuduh mampu memberikan arahan kepada mangsa untuk berhenti awal dari tempat asal yang dituju oleh mereka.
Malah, kedua-dua tertuduh mampu untuk memandu arah kepada penemuan kunci kereta jenis Perodua Myvi milik mangsa (ketika proses siasatan polis).
“Mangsa dijerut dan ada kecederaan pada leher. Selain itu ada penemuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua tertuduh pada tali pinggang keledar bahagian pemandu.
“Walaupun ia tidak dikatakan (pembunuhan) zalim, fakta mayat (mangsa) ditinggal begitu sahaja dalam kereta. Ini menunjukkan tertuduh tiada mempunyai perasaan belas kasihan terhadap si mati.
“Atas alasan itu, saya bersetuju hujahan pihak pendakwaan dan (menjatuhi) hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh,” katanya.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat membunuh Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, di lorong belakang Blok C di Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves, pada 10.08 malam, 21 Jun 2018.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan laporan media sebelum ini, mangsa ditemui meninggal dunia dengan bahagian kepala di bawah mengenai lantai kenderaan tersebut, manakala kakinya di atas.
Sementara itu, kakak mangsa yang dikenali sebagai Tya Nosri turut meluahkan kesyukuran selain menyifatkan doa keluarganya dimakbulkan sempena hari Asyura.
Alhamdulillah! Kaklong sayang Aiman
Dia meluahkan perkara itu menerusi sebuah hantaran di laman Facebook dengan menyertakan pautan berita yang melaporkan tentang prosiding mahkamah berkenaan.
Luahan seorang lagi kakak mangsa, 4 hari selepas kejadian
Sumber: BERNAMA, Facebook Tya Nosri & Aisyah Nosri
The post Bunuh pemandu Grab, mayat ditinggal dalam kereta! Dua lelaki dihukum gantung appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/lLvsnYH
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment