Tampil seksi, Alya Iman harap orang dapat terima perubahannya
Pelakon Alya Iman menyedari impak apabila mengenakan pakaian seksi selepas membuat keputusan unttuk tidak lagi bertudung sejak 1 Syawal lalu.
Menurut laporan Kosmo!, pelakon berusia 22 tahun itu bagaimanapun tetap dengan pendirian mahu menjadi diri sendiri sekali gus tidak hipokrit.
“Saya fikir ini ialah diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang dapat menerima perubahan ini (penampilannya) dengan hati terbuka,” katanya
Alya berkata demikian kepada Kosmo! sewaktu menghadiri sidang media Anugerah Telenovela di ibu negara, baru-baru ini yang tampil seksi dengan busana hitam tanpa lengan.
Dalam masa sama, anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu mengakui kadang-kala membaca komen warganet walaupun sudah dilarang oleh segelintir peminat.
“Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap buat. Kadang-kadang ada yang bagi kesan tetapi lama-kelamaan rasa lali.
“Paling utama saya dikelilingi ramai individu positif yang selalu memberikan semangat,” ujarnya.
Terdahulu, tindakan pelakon drama Bukan Kahwin Paksa itu menanggalkan tudung mengejutkan warganet namun menjelaskan bahawa ia dibuat atas kerelaan sendiri.
Sumber: Kosmo! (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi), Instagram Alya Iman
The post Tampil seksi, Alya Iman harap orang dapat terima perubahannya appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/vGLgFRa
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment