Dibelasah kumpulan remaja, pelajar lelaki rupanya baru bebas kanser limfoma
Video seorang pelajar dipercayai dipukul sekumpulan pelajar lain yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini telah menjadi perdebatan ramai.
Difahamkan, para pelajar yang melakukan kekerasan terhadap rakan sebayanya itu sudahpun ditahan bagi membantu siasatan.
Mangsa amsih berada dalam keadaan trauma
Menerusi laporan dari Berita Harian, pelajar tingkatan tiga yang menjadi mangsa mengakui masih lagi trauma dengan kejadian tersebut.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang menziarahi mangsa di kediamannya semalam.
Ada kecederaan dibadan
Difahamkan, masih terdapat kesan lebam di tubuh mangsa dan dia juga berada dalam keadaan yang agak lemah. Justeru itu, dia meminta agar pelajar tersebut agar menjalani ujian sinar-X di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mengenal pasti sama ada dia mengalami kecederaan dalaman ataupun tidak.
“Pagi tadi saya melawat mangsa buli dipukul sekumpulan pelajar di kawasan taman permainan di Taman Bestari Indah yang tular dalam media sosial. Saya simpati atas ujian yang menimpa dan saya difahamkan keluarganya sudah membuat laporan polis.
“Saya turut menyerahkan sumbangan kepada ibu bapa mangsa sebagai tanda prihatin,” katanya.
Ujarnya lagi, tiada sebarang kompromi ke atas buli atau gangsterisme dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah tersebut.
Mangsa pukul baru bebas dari kanser limfoma
Dalam pada itu, kenalan kepada pelajar yang menjadi mangsa buli berkenaan mengatakan yang remaja berusia 15 tahun itu merupanya bekas pesakit kanser limfoma dan baru sahaja bebas daripada penyakit itu.
“Sebagai ibu bapa, kami berharap kejadian seumpama ini dipandang serius dan diambil tindakan supaya ia menjadi pengajaran,” katanya.
Walau bagaimanapun, pihak keluarga kepada mangsa memilih untuk menyerahkan kes tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan video seorang pelajar dipukul oleh sekumpulan remaja berpakaian sekolah dipercayai berlaku pada jam 3 petang 9 Ogos lalu di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, Johor.
mangsa mengadu dia dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian hadapan dan belakang badan, paha, perut dan lengan kiri serta kanan.
Kejadian berkenaan didakwa didalangi sekumpulan remaja lelaki dianggarkan berusia 14 hingga 17 tahun, termasuk seorang remaja warga asing.
Menerusi siasatan awal, motif kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek kerana mangsa berkawan rapat dengan teman wanitanya.
Sumber: Berita Harian (Mary Victoria Dass), Facebook Jimmy Puah
The post Dibelasah kumpulan remaja, pelajar lelaki rupanya baru bebas kanser limfoma appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/pyMjoq2
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment