Header Ads

Malaysia komited rancakkan ekonomi, tingkat pelaburan bersama Turkiye

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan secara maya dengan Presiden Turkiye, Recap Tayyip Erdogan bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya mengenai pelaburan dan pertahanan pada Sabtu,5 Ogos 2023.

Malaysia-Turkiye kukuhkan hubungan pelaburan

Melalui pertemuan itu, Erdogan memberi komited bakal berkunjung ke Malaysia pada masa terdekat selain bersetuju untuk melakukan perjumpaan secara bersemuka semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada bulan depan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, antara perkara yang disentuh dalam perbincangan tersebut adalah mengenai pelaburan antara Malaysia dan Turkiye.

“Saya turut mengulangi komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd sebanyak £200 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).
“Untuk itu, Batik Air terpilih sebagai operator untuk laluan KUL-ISG. Dijangka penerbangan Batik Air akan bermula pada Oktober 2023,”katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Tambah Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, jumlah perdagangan dengan Turkiye pada tahun lalu berjumlah AS$4.62 bilion telah meningkat sebanyak 12.6 peratus.

“Untuk rekod, jumlah perdagangan dengan Turkiye pada tahun 2022 berjumlah AS$4.62 bilion (meningkat sebanyak 12.6%).
“Jumlah lebihan dagangan sebanyak AS$3.33 bilion kerana Turkiye mengimport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit,”maklum Anwar.

Kerjasama Malaysia-Turkiye dalam bidang pertahanan

Tambah Pengerusi Pakatan Harapan, mereka turut berbincang mengenai kerjasama pertahanan selepas Agensi Industri Pertahanan Turkiye (SSB) menghantar delegasi yang besar menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.

Beliau meluahkan rasa kagum apabila melihat kemajuan teknologi pertahanan yang dimiliki oleh Turkiye dan yakin Malaysia bakal menerima manfaat besar hasil daripada kerjasama.

“Saya berasa kagum dengan kemajuan teknologi pertahanan Turkiye dan yakin Malaysia bakal mendapat manfaat besar hasil kerjasama erat antara Malaysia-Turkiye.
“Sayugia saya bersetuju secara prinsip untuk memuktamadkan memorandum persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada masa yang terdekat,” katanya lagi.

Perjumpaan secara maya antara dua pemimpin tersebut turut disertai oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir, selain Erdogan sempat mendoakan kejayaan gabungan kerajaan perpaduan

The post Malaysia komited rancakkan ekonomi, tingkat pelaburan bersama Turkiye appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/iN61Vqd
sumber : ohmymedia.cc

No comments