Header Ads

Pelanggan beri reviu teruk, pemilik kedai makan ‘koyak’? – “Busuk hati, jangan datang lagi”

Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi X ada mendedahkan mengenai sikap pemilik sebuah kedai makan di Klang, Selangor yang dikatakan agak biadab apabila membalas reviu daripada pelanggan di media sosial.

Menerusi sebuah hantaran, Wahyu Yordan telah memuat naik beberapa tangkap layar reviu pelanggan yang meninggalkan maklum balas selepas berkunjung ke kedai tersebut.

Difahamkan, pemilik kedai seolah-olah ‘koyak’ apabila menerima reviu kurang memuaskan sekaligus mengeluarkan kata-kata  berunsur sindiran yang dilihat tidak profesional.

Menerusi tangkap layar itu, pelanggan meninggalkan komen jujur berhubung harga makanan yang agak mahal serta kebersihan kedai kurang memuaskan sehingga memberikan rating satu bintang.

Layanan tak sistematik

Kedai agak kotor

Mahal untuk tempat sarapan

Namun begitu, Wahyu mendakwa reviu kurang memuaskan yang baru diterima telah dipadam oleh pemilik kedai tersebut dipercayai untuk menjaga nama baik serta rating dalam menjalankan perniagaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati mana-mana pemilik perniagaan supaya sentiasa berlapang dada untuk menerima kritikan serta memperbaiki kelemahan dan bukannya membalas dengan perlian.

Cara respon pun biadab

Orang review pun dikecam

Patutnya perbaiki lagi

Terdahulu, Wahyu ada memuat naik pengalamannya yang kali pertama makan di kedai berkenaan meskipun sudah lama tinggal di kawasan berdekatan.

Sebagai seorang pemilik sesebuah perniagaan, kita seharusnya bersikap profesional dan tidak mudah melatah apabila menerima komen jujur daripada pelanggan serta memperbaiki kelemahan supaya perniagaan dapat kekal lama.

Sumber: X @WahyuYordan

The post Pelanggan beri reviu teruk, pemilik kedai makan ‘koyak’? – “Busuk hati, jangan datang lagi” appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/Yfu3JO0
sumber : ohmymedia.cc

No comments