Adik dakwa Aisyah Hijanah dikasari suami – “Bini tengah hamil, kau seronok dengan perempuan lain”
Seorang individu mengaku adik kepada Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam tampil dakwa kakaknya pernah dikasari suami, personaliti media sosial, Alif Teega.
Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, Amirul mendakwa walaupun kakaknya sedang hamil anak ketiga, Alif tetap berhubung dengan wanita lain.
Adik dakwa Aisyah Hijanah dikasari suami
“Wahai Alif! Kami sekeluarga (Aisyah) tahu dan tengok setiap tindakan yang kau dah buat dekat kakak aku! Dayus! Sanggup kau pukul bini kau?? Kata sayang?
“Bini kau tengah mengandung anak ketiga! Kau berseronok dengan perempuan lain!” tulisnya.
Dalam pada itu, Amirul juga mendedahkan terdapat bukti bahawa personaliti media sosial itu pernah memukul kakaknya dalam rakaman kamera papan pemuka di kereta.
“Oh jangan lupa bukti yang kau nak hapuskan dashcam dalam kereta. Puas kau pukul kakak aku? Telefon berkecai.
“Anak kau kata ‘baba jahat’ dah membuktikan,” katanya.
Pada masa yang sama, dia juga berkata walaupun itu merupakan aib Alif, namun dia tidak akan berdiam diri kerana kakaknya sudah dikasari.
“Maaf aib tak aib tapi kalau dah sampai kau angkat tangan dan kaki kau kat kakak aku memang aku masuk campur! Memalukan nama pempengaruh media sosial yang membawa kandungan agama,” katanya.
Amirul juga mendoakan kakaknya supaya menjadi seorang wanita yang kuat dan mereka sekeluarga akan sentiasa ada untuk melalui susah senang bersama.
Artikel berkaitan: Isteri sedang hamil, Alif Teega umum kahwin lagi -“Aisyah tiada sebarang kekurangan”
“Kepada kakak saya, Aisyah, semoga menjadi wanita yang lebih kuat, dipelihara dan dilindungi serta dijauhi segala kesulitan. Sebagai keluarga, kami akan sentiasa ada untuk awak,” ujarnya.
Baru-baru ini, Alif membuat perkongsian di Instagramnya mengesahkan khabar angin dimana dia telah pun bernikah dua dengan seorang wanita lain.
Pengumuman tersebut telah mengejutkan orang ramai kerana selama ini Alif seringkali membuat kandungan yang menunjukkan kebahagiannya bersama Aisyah.
Walaupun Aisyah juga membuat perkongsian bahawa dia redha dengan ketentuan tersebut, orang ramai tetap tidak berpuas hati dengan tindakan Alif.
Buat masa sekarang, identiti isteri baru kepada personaliti media sosial itu masih belum didedahkan atau disahkan oleh mana-mana pihak.
Sumber: Instagram Amirul Adni Rustam, Aisyah Hijanah & Alif Teega
The post Adik dakwa Aisyah Hijanah dikasari suami – “Bini tengah hamil, kau seronok dengan perempuan lain” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/k5diZUD
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment