Graduan TVET sentiasa jadi rebutan majikan, dipuji serba boleh & berkemahiran
Jika dahulu, program latihan teknikal dan vokasional (TVET) jarang didengari sebagai pilihan utama pelajar, terutama ibu bapa kerana mereka mengimpikan pendidikan anak-anak yang menjanjikan pulangan kerjaya yang mempunyai ‘kelas’ seperti doktor.
TVET kini pilihan, graduan jadi rebutan majikan
Kini, TVET menjadi rebutan pelajar negara ini terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia jelas menunjukkan fenomena positif dalam kalangan pelajar dan ibu bapa yang menjadikan pendidikan kemahiran sebagai pilihan kerjaya mereka.
Ini kerana mereka semakin sedar pendidikan teknikal dan vokasional bukan sahaja memberikan kemahiran berguna dalam sektor pekerjaan, malah memperoleh pendapatan lumayan.
Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail turut mengakui bilangan jumlah pelajar TVET semakin meningkat.
Dalam pada itu, beliau juga menyatakan graduan TVET ini sering menjadi pilihan pihak industri dan ia dapat dilihat penyertaan penglibatan bersama semakin bertambah apabila terdapat lebih 14,000 pengiat industri atau syarikat terbabit.
Dr Mohd Zahari berkata, sebanyak 36 politeknik dan 105 kolej komuniti seluruh negara mampu menyumbang tenaga kerja teknikal sebanyak 40 peratus.
“Kadar kebolehpasaran graduan politeknik dan kolej komuniti melonjak sehingga 95.32 peratus pada tahun lalu.
“Sebanyak 20 peratus pelajar kolej komuniti melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuk di politeknik dan universiti teknikal.
“Bagaimanapun, graduan kami ini disamping melanjutkan pengajian, mereka juga ada yang bekerja dengan majikan dan industri serta sebahagian menjadi job creator dengan membuka perniagaan sendiri,” ujarnya.
Bagi yang masih belum tahu, bidang TVET merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menyediakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang sangat berkaitan dengan pekerjaan yang diceburi.
Makna kata, setiap pelajar akan didedahkan dengan pengisian dan pengolahan silibus pendidikan serta latihan secara teori dan praktikal menjurus kepada pekerjaan tersebut.
Untuk pengetahuan, kolej komuniti juga boleh berfungsi sebagai instrumen dalam mengupayakan masyarakat untuk mengatasi masalah dan cabaran dalam kehidupan.
TVET diperkenalkan adalah untuk mempersiapkan modal insan negara agar mempunyai ilmu serta kemahiran yang diperlukan di pasaran tenaga kerjadan untuk memastikan ia selari dengan misi Malaysia dalam menjadi negara maju.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengatakan kolej komuniti juga berfungsi sebagai instrumen penting dalam menjadi institusi yang bertanggungjawab dalam membangunkan nilai dalam komuniti.
Justeru itu, bagi menggalakkan lebih banyak program memperkasakan masyarakat setempat, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi peruntukkan sebanyak RM50,000 kepada semua 105 Kolej Komuniti di seluruh negara bermula tahun hadapan.
Sebelum ini, pihak pengurusan KPT dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menggariskan beberapa langkah untuk meluaskan lagi kursus atau kemahiran bagi memenuhi kehendak semasa dan masa depan.
Antara pengenalan pembaharuan dibuat adalah memperkenalkan Program Asasi TVET sebelum mereka (pelajar TVET) menyambung pengajian di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan juga Elektrik dan Elektronik
Artikel berkaitan: “Jom jadi budak TVET!”- Cerah masa depan, dijamin peluang pekerjaan
The post Graduan TVET sentiasa jadi rebutan majikan, dipuji serba boleh & berkemahiran appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/LgUyWX3
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment