Header Ads

Isteri sedang hamil, Alif Teega umum kahwin lagi -“Aisyah tiada sebarang kekurangan”

Personaliti media sosial, Alif Teega mengesahkan dirinya telah ‘kahwin’ seorang lagi dan perkara itu juga turut dikongsikan oleh isteri, Aisyah Hijanah dengan menyatakan suaminya kini juga milik wanita lain pada 18 November lalu.

Alif Teega umum kahwin lagi

Perkara itu dikongsikan oleh pasangan ini menerusi hantaran di laman Instagram mereka bagi mengelakkan sebarang fitnah dan spekulasi tidak benar pada masa akan datang.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik, alhamdulillah berita tersebut adalah benar.
“Saya sudah pun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ini,”kongsinya.

Alif Teega kahwin

Dalam hantaran yang sama, Alif turut berterima kasih kepada isteri pertamanya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dan masih kuat berada di sisinya meskipun pahit bagi seorang wanita menerima hakikat suaminya kahwin lagi.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga. Tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.
“Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang Subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia,”tulis Alif Teega di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Suami hanya pinjaman sementara…

Sementara itu, isteri pertama, Aisyah Hijanah juga memuat naik hantaran dengan meluahkan perasaan meskipun tidak menyangka suami yang dinikahi enam tahun lalu kita juga menjadi milik wanita lain.

Aisyah yang juga pempengaruh bagaimanapun berlapang dada menerima dugaan hidup berpoligami dan berharap agar suaminya dapat berlaku adil kepada kedua-dua belah keluarga.

“Abang, Aisyah harap abang boleh menjadi ketua yang baik buat kedua-dua keluarga. Allah pilih abang untuk melalui segala yang terjadi saat ini dan akan datang. 
“Untuk sekarang, Aisyah serahkan sebulatnya urusan ini kepada Allah. Terima kasih Umi dan arwah ayah kerana mendidik Aisyah menjadi wanita yang kenal Tuhan dan benar-benar menerima Qada’ dan Qadar,”luahnya.

Aisyah berkata, dirinya sedar bahawa suami adalah pinjaman Allah S.W.T meskipun pada awalnya dia beranggapan memiliki Alif selama-lamanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana Allah telah meminjamkan seorang suami dan bapa kepada anak-anak yang sanggup berkorban dan beri kebahagiaan serta memberi didikan dengan cara terbaik.

Sebelum ini, Aisyah Hijanah berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang hamil anak ketiga selain memaparkan reaksi muka teruja Alif Teega.

Artikel lain: Influencer dedah niqabis cuba ‘sondol’ suami, tawar diri jadi isteri ke-2

Sumber: Instagram @alifteega, @aisyahhijanah

The post Isteri sedang hamil, Alif Teega umum kahwin lagi -“Aisyah tiada sebarang kekurangan” appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/4UT0PwW
sumber : ohmymedia.cc

No comments