Aisyah Hijanah dipuji bijak, harta sepencarian dipindah 100% – “Ketahui hak, bukan tamak”
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan suaminya Alif Teega bersetuju untuk memindahkan semua hasil titik peluh termasuk aset harta sepencarian 100 peratus kepadanya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aisyah memuat naik beberapa foto termasuklah surat perjanjian persetujuan memindahkan semua aset tersebut.
“Biiznillah, segala hasil titik peluh yang dibina dari bawah bersama suami (aset harta sepencarian) telah dipindahkan 100% kepada Aisyah, termasuklah share hijanahofficial 100%, rumah, kereta & aset-aset yang lain,” tulisnya semalam.
Dalam pada itu, pempengaruh berusia 25 tahun itu turut meninggalkan pesanan buat wanita lain yang sedang menghadapi situasi sama seperti dilalui dirinya.
“Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Jamin hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu persetujuan khas bersama.
“Kalau mampu upah peguam, silakan. Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan berputus asa terlalu awal,” katanya.
Bagaimanapun, Aisyah menjelaskan, dia mengambil tindakan itu bukan kerana ‘gila hart’ namun kerana mahukan masa depan yang terjamin buat diri serta anak-anaknya.
“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak jaminan untuk diri dan anak-anak. Sentiasa minta Allah petunjuk dan cari jalan yang terbaik.
“Kita perlu bijak kawal emosi dan banyakkan bertenang. Kalau tak, kita akan kehilangan semuanya,” ujarnya.
Sementara itu, Aisyah juga menulis ucapan terima kasih buat suaminya kerana telah memberikan kerjasama baik dan hak yang sepatutnya.
“Terima kasih Alif kerana kerjasama dengan baik dan beri hak yang sepatutnya. Semoga Allah mudahkan urusan,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan Aisyah yang tidak mudah melatah namun sebaliknya memikirkan masa depan buat diri dan anak-anaknya.
Isteri yang bijak!
Good job Aisyah!
Cantik dan bijak….
Secure dulu hak isteri dan anak-anak
Terdahulu, Alif mengumumkan pernikahan kedua menerusi sebuah hantaran di Instagram namun tidak mendedahkan siapa gerangan isteri keduanya.
Lelaki berusia 29 tahun itu berkata, pengumuman tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang fitnah daripada orang ramai kepada diri, isteri serta keluarganya.
Pendedahan itu sekali gus mengejutkan orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakannya kerana sebelum ini, dia kerap menghasilkan video menegur orang yang memadukan isteri sendiri.
Namun begitu, Aisyah meminta agar orang ramai tidak bercakap buruk berhubung perkahwinan kedua suaminya selain meminta doa kebahagiaan Alif.
Sumber: Instagram Aisyah Hijanah
The post Aisyah Hijanah dipuji bijak, harta sepencarian dipindah 100% – “Ketahui hak, bukan tamak” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/e7Uv6t8
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment