Ramai tunggu rezeki, Aisar Khaled mohon maaf ‘terberi’ harapan – “Saya manusia biasa”
Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled mohon maaf kepada orang ramai jika ‘terberi’ mereka harapan palsu dalam video atau sesi siaran langsungnya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aisar berkata dia sedar ramai yang menuduh dirinya sebagai penipu kerana tidak menunaikan janji.
“Memang kebanyakan daripada video atau live, saya akan suruh orang komen ‘nak’ ke, komen negeri ke atau komen nama dan saya akan berkongsi rezeki.
“Tapi awak kena ingat, saya hanyalah orang biasa. Saya bagi mana yang saya mampu sahaja. Saya nak minta maaf kalau sebelum ini saya terbagi harapan.
“Saya dah tiga tahun buat benda ni, sebelum ni tiada masalah. Mungkin ada beberapa isu membuatkan isu ini menjadi panas.
“Saya juga minta maaf kalau saya ada terlepas pandang sebelum ini. Mungkin ada yang dapat RM50 atau Rm100, saya terlepas pandang,” katanya semalam.
Pada masa yang sama, pempengaruh berusia 23 tahun itu memaklumkan dia akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik selepas ini.
Malah, jelajah satu Malaysia yang dianjurkan akan diteruskan selain mahu orang ramai meninggalkan komen ‘nak’ bagi merebut peluang menjadi pemenang bagi hadiah-hadiah yang ditawarkan.
Aisar Khaled mohon maaf ‘terberi’ harapan
Artikel berkaitan: Dituduh tipu nak beri hadiah, Aisar Khaled janji buat ‘tour’ hantar rumah ke rumah
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meninggalkan komen mendakwa mereka pernah menjadi pemenang kepada hadiah yang ditawarkan.
Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih belum menerima hadiah tersebut malahan mendapat mesej meminta pemenang untuk mengisi link yang meminta nombor kad pengenalan.
Dia memang menipu ke?
Dapat link suruh daftar dalam masa 30 minit….
Dah komen, tapi tak terpilih
Sementara itu, masih ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen seperti ‘nak’ untuk hadiah seperti motor dan peti ais yang ditawarkan Aisar dalam video sama.
Nak dari Selangor!
Nak dari Melaka!
Kelantan!
Terdahulu, Aisar atau nama penuhnya Aisar Khaled Kamel menawarkan kereta jenis BMW miliknya untuk diberikan kepada penonton bertuah dalam siaran langsungnya.
Namun begitu, terdapat dakwaan Aisar masih belum memberikan kereta berkenaan kepada mana-mana pemenang dan sehingga kini masih berada dalam simpanannya.
Ada juga individu mendakwa telah menjadi pemenang kepada hadiah yang tawarkan, namun masih belum menerima sebarang maklum balas sehingga kini.
Oleh kerana itu, orang ramai sekali gus mendakwa pempengaruh itu menipu memandangkan masih belum ada pemenang daripada siaran langsung yang dijayakan.
Sumber: Instagram Aisar Khaled
The post Ramai tunggu rezeki, Aisar Khaled mohon maaf ‘terberi’ harapan – “Saya manusia biasa” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/C7pBfyz
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment