[VIDEO] Pembaca Buletin Utama TV3 Sebak Ketika Membacakan Berita Surat Terakhir Pelajar Tahfiz
Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, semalam ternyata meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia.
Kebakaran ngeri itu telah meragut sebanyak 23 nyawa, 21 orang pelajar tahfiz dan dua orang guru disahkan terkorban, empat cedera parah dan tiga lagi mengalami cedera ringan.
Penyampai berita Buletin Utama, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah ketika bersiaran langsung tidak dapat menahan kesedihan rentetan tragedi ini.
Ketika itu, dia tidak dapat membaca teks berita dengan lancar sebaliknya tersekat-sekat ketika membaca berita mengenai surat salah seorang pelajar tahfiz yang maut.
Intan tidak dapat menahan kesedihan lebih-lebih lagi ketika menyebut mangsa kebakaran iaitu Amiel Asyraf Abdul Rashid yang berusia 11 tahun meninggalkan satu nota yang antara lain berhasrat membawa ibu dan ayahnya ke syurga.
Ketika itu, dia mula sebak dan terus menundukkan muka. Bagaimanapun, teks itu disambung oleh pasangannya, Kamaruddin Mape pada malam Khamis itu.
“Sebenarnya sejak dua tiga hari ni mata kiri saya asyik berkelip-kelip. Selalu orang kata nak menangis. Saya risau sebab takut ada perkara buruk nak jadi.“Rupa-rupanya, bukan setakat menangis je, tapi menangis masa live on air. Hanya Allah je tahu betapa susahnya nak kawal perasaan, nak make sure okay semula sebab banyak lagi berita nak baca ni. Ikut hati memang nak lari keluar studio.“Tak nak baca dah. Tapi tu akan menyusahkan semua orang termasuk rakan penyampai, En Kamaruddin Mape, penerbit dan krew produksi. Paling terharu bila makeup artist, sharmin lari masuk dalam studio bawa tisu,”ujarnya kepada MH Online.
Tambah Intan, dia yang malu apabila menangis seolah-olah dirinya tidak kuat dan gagal mengawal perasaan.
“Tapi alhamdulillah semua orang faham dan lebih menyentuh hati, penonton pun sedih bersama-sama. Lagi terkejut bila video baca tu jadi viral,” katanya.
Bila ditanya mengenai bagaimana mengawal perasaan sebagai pembaca berita, Intan berkata dia bukanlah orang yang sesuai untuk memberi tips oleh kerana dia sendiri juga tidak dapat mengawal perasaan.
“Sebelum ni banyak kali nak menangis sbb sedih tengok orang meninggal dunia. Especially kalau orang tua, memang saya sedih. Sebab teringatkan arwah ayah saya yang dah pergi empat tahun lalu.“Tapi kalau nak kawal perasaan tu, selalunya saya takkan tengok visual masa cerita tu ditunjukkan. Saya akan divert perhatian kepada benda lain untuk make sure saya tak terfikir pasal kesedihan cerita tu,” jelasnya.
Intan turut berkata, sejujurnya tiada kata-kata yang sesuai untuk memujuk hati keluarga mangsa yang perlu mengharungi hidup selepas ini tanpa anak-anak yang mereka sayangi.
“Hanya doa dan harapan yang boleh saya kirimkan supaya mereka terus kuat dan tabah. Seluruh rakyat Malaysia pun bersedih dengan kehilangan anak-anak syurga itu,” ujarnya.
Video saat hiba itu turut dimuat naik di laman Facebook Buletin Utama TV3. Perkongsian Buletin Utama itu telah menerima lebih daripada 519,741 tontonan dan lebih 4,430 perkongsian setakat ini.
Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia yang turut berkongsi rasa sayu mereka atas kejadian yang sangat mengejutkan ini.
Sebak
Sumber : Buletin TV3, Berita Harian, BERNAMA
Sumber Viral Purba http://ift.tt/2flEqED

Post a Comment