Begini Nasib Wanita yang Menunjukkan Jari Tengah Ke Rombongan Kereta Trump
WASHINGTON DC – Seorang jurugambar menangkap foto seorang wanita menaiki basikal menunjukkan jari tengah ke arah sebuah gerombolan Presiden AS Donald Trump.
Dipetik dari New York Times, Isnin (6/11/2017), wanita itu bernama Juli Briskman. Dia kehilangan pekerjaannya selepas tindakan itu tersebar secara meluas dalam media sosial.
Wanita tersebut bekerja di Akima, sebuah syarikat kontrak yang mengupahnya sebagai penganalisis pasaran selama enam bulan.
Pada 31 Oktober 2017, dia dipanggil untuk bertemu dengan pegawai dan dua eksekutif syarikat.
“Kami memilih untuk berpisah dengan kamu,” kata Briskman, meniru kata-kata pegawai syarikat terbabit.
Menurut syarikat itu, Briskman dianggap melanggar kod etika dengan melakukan perbuatan “jahat”.
Ia sekaligus membuatkan semua pegawai syarikat terbabit bimbang kerana syarikat itu mempunyai kontrak dengan kerajaan.
Jabatan sumber manusia syarikat itu meminta wanita tersebut untuk mengundur diri.
“Ia adalah peletakan jawatan secara paksa, saya terkejut kerana saya tidak melihatnya sebagai perbuatan lucah,” katanya.
Kecewa dengan Trump
Pada masa itu, wanita tersebut berkongsi jalan dengan gerombolan Trump yang baru saja meninggalkan kelab golf di Sterling, Virginia. Kira-kira enam kereta bergerak perlahan melewatinya.
Dia menyatakan kecewaab dengan beberapa polisi Trump, termasuk insurans kesihatan dan pengusiran.
“Saya kecewa. Saya mengangkat tangan saya dan menujukannya kepada kumpulan Trump,” katanya.
“Kamu bermain golf, tetapi ada banyak perkara yang perlu diurus serakang,” katanya.
Briskman meneruskan aksinya ketika dia bertemu dengan gerombolan yang bergerak perlahan berhampiran lampu lalu lintas.
Wanita berusia 50 tahun itu menatap lelaki itu di dalam kereta yang dia fikir adalah pengawal Trump.
“Saya tidak nampak Trump, tetapi dia sasaran saya,” katanya.
Foto yang diambil oleh media tersebut telah dimuat naik oleh Ketua Divisyen Rumah Putih untuk Voice of America Steve Herman di akaun Twitternya dengan pertanyaan, “Siapa ini?”
Keesokan harinya, Briskman melihat foto dirinya tersebar melalui kumpulan Facebook anti-Trump. Kemudian, dia membalas pertanyaan Herman dan mengaku bahawa dia adalah wanita dalam foto itu.
sumber Laicikang http://ift.tt/2zjroTo

Post a Comment