Header Ads

NIAT BERGAMBAR UNTUK KENANGAN, SEBALIKNYA PASANGAN INI MENEMUKAN SESUATU YANG MENGEJUTKAN

Dan Mozer, 30 tahun yang juga seorang penganalisis perusahaan kewangan dan isterinya, Angeline sedang menunggu kehadiran permata hati sulung mereka pada awal tahun lalu.

Angeline yang pada ketika itu sudah sarat mengandung sembilan bulan mahu menyimpan detik terindah ini dengan mengadakan satu sesi penggambaran di sebuah pantai.

Keadaan cuaca pada hari berkenaan juga sangat baik dan sesuai untuk diadakan sesi fotografi. Justeru, mereka telah pergi ke sebuah pantai yang terletak di Jacksonville, Florida. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan pantai, Angeline mula melakukan gaya-gaya sambil tersenyum kepada suaminya yang sedang mengambil gambar.

Sebaik sahaja Dan menangkap gambar, satu peristiwa sekali seumur hidup telah berlaku di hadapannya!

Seekor ikan lumba-lumba secara tiba-tiba melompat dari permukaan laut dan Dan sempat merakamkan gambar tersebut.

Menurut kenyataan Dan kepada Yahoo Parenting, “Seseorang mula menjerit kepada kami bahawa terdapat beberapa ekor ikan lumba-lumba dan kami boleh melihat tanduknya”.

“Secara tiba-tiba, ikan tersebut melompat dari air dan saya sangat terkejut melihatnya. Malangnya, isteri saya tidak sempat untuk melihat apa yang telah terjadi”.

Gambar yang dapat ditangkap oleh Dan telah menceriakan lagi gambar Angeline sekali gus membuatkan ia menjadi gambar yang sangat menakjubkan! Pasangan ini kemudiannya menghantar gambar tersebut kepada saluran berita tempatan iaitu News4JAX dan menerima banyak ‘like‘ serta komen yang positif.

Dan seterusnya mengambil keputusan untuk menamakan bakal anak lelakinya dengan nama Courtland. Malah, dia mempercayai bahawa Courtland yang ‘memanggil’ ikan lumba-lumba tersebut.

“Kami tidak akan mengubah namanya walaupun ada yang mencadangkan nama Dolph Finn”.

Kredit: http://ift.tt/2ppvIIY

from Kaki Trending http://ift.tt/2zoGgNL

No comments