Header Ads

Shaheizy Sam Kongsi Tip Badan Kekar

Sekiranya anda mengikut Instagram bintang Utama Polis Evo , Shaheizy Sam pasti anda akan melihat perubahan pada badannya. Begitu kekar sekali persis aktor Zul Ariffin.

Bagaimanapun, menurut aktor itu tidak mudah untuk memiliki badan seperti itu. Malah, dia mengakui mengambil masa sekurang-kurangnya 10 bulan untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Sam berkata dia telah memulakan senaman sejak akhir tahun 2016 dan menjadikan ia sebagai rutin selain mengawal diet hariannya.

“Tiada jalan singkat untuk berjaya. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti sekarang fokus dan semangat yang paling utama.

Disebabkan badannya yang kekar, ada juga yang mendakwa dirinya mengambil barang terlarang untuk sado. Namun, hanya dirinya yang tahu cabaran untuk tampil sedemikian selama hampir setahun.

Dalam masa sama, aktor itu tidak lokek untuk berkongsi tips kepada yang ingin menjalani gaya hidup sihat dan membina otot sepertinya.

Tips sado dikongsi Sam kepada anda semua:

1) Minum black coffee tanpa gula setiap hari selepas bangun daripada tidur

2) Selepas minum black coffee lakukan senaman kardio selama 30 minit sehingga 1 jam untuk memastikan lemak-lemak badan dibakar sebelum memulakan hari seperti biasa

3) Lakukan weightlifting bermula 9 malam setiap hari untuk maintain otot badan

4) Sebelum mula build up muscle, Sam mengamalkan pengambilan karbohidrat dan protein dalam hidangan makan pagi dan tengahari

5) Makan makanan bersumber protein seperti ayam dan ikan setiap 3 hingga 4 jam sekali dan kurangkan makan malam

6) Elak makanan berminyak dan minuman bergula serta kurangkan garam dalam setiap hidangan

7) Makan nasi, tetapi hanya beras perang

8) Cheat day: Makan apa sahaja yang teringin nak makan, tapi seminggu sekali sahaja
*Untuk langkah 1 hingga 8, rutin senaman diteruskan seperti biasa*

9) Selepas mendapat bentuk badan seperti sekarang, Sam mula mengambil menu berat sekali sahaja selepas senaman kardio setiap pagi dan banyakkan fiber dalam hidangan tengahari serta elak makan pada waktu malam.

10) Mengawal kalori iaitu dengan memastikan pengambilan kalori di bawah 2000 setiap hari untuk memastikan lemak di badan berkurangan atau maintain di level sama

*Boleh dapatkan personal trainer jika mahu/perlu

Dalam masa sama, Sam juga memberitahu berat berat badannya tidak turun dan masih sama ketika ditanya mengenai badannya yang dilihat semakin kurus.

“Berat badan saya maintain, tak turun. Mungkin kerana lemak dahulu dah bertukar menjadi muscle.

“Pesan saya kepada semua, jika mahu berjaya antara cabaran yang perlu dilalui ialah tahan makan makanan yang sedap-sedap dan tinggi kalori.

“Saya mengakui itu cabaran mental yang paling susah untuk saya,” katanya yang pernah mengalami kecederaan ketika latihan angkat berat pada Mac lalu.

Kecederaan itu juga menyebabkan dia lebih berhati-hati dan menghentikan segala latihan angkat berat selama tiga bulan.

Sam juga berkata bentuk badannya yang kini lebih fit memudahkan dirinya untuk melakukan aksi stunt untuk filem aksi, Polis Evo 2.

Akan menjayakan filem itu adalah rakan fitnessnya, iaitu Hairul Azreen yang dijangka menemui penonton di seluruh Malaysia pada tahun hadapan.

Sumber : Astro Gempak

The post Shaheizy Sam Kongsi Tip Badan Kekar appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan http://ift.tt/2AfjIhK

No comments