‘Dia Biasa Sahaja Di Rumah’ Ibu Iqram Tidak Hiraukan Tomahan Netizen
Sejak kebelakangan ini kecoh tentang kontroversi yang mengaitkan pelakon, Iqram Dinzly yang dikatakan berkelakuan pelik apabila membuat live di Instagram sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi malah ada yang melemparkan kecaman serta cemuhan terhadap pelakon ini.
Bagaimanapun ibu kepada Iqram, Lailatol Akmar juga menyedari tentang kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap anaknya namun dia tidak mahu menghiraukan hal itu.
“Saya sedar akan cemuhan yang dilemparkan terhadap Iqram, namun saya tidak hirau dengan apa yang mereka katakan kerana dia berkeadaan biasa sahaja di rumah.
“Biarlah apa orang nak cakap, kita tidak mampu menutup mulut mereka,” katanya kepada Mstar Online.
Menurut Lailatol lagi, anaknya itu sudah terlalu bersabar dengan setiap cemuhan dan hinaan daripada netizen sejak dia menjaga arwah bapanya sebelum meninggal dunia pada Oktober lalu.
“Selama ini semasa menjaga arwah ayah di hospital, Iqram menerima pelbagai jenis penghina namun dia tetap bersabar.
“Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi,” katanya lagi.
Sebagai seorang ibu juga, Lailatol ada menegur anaknya jika berkelakuan di luar batasan namun Iqram menjelaskan kepada ibunya bahawa dia tahu apa yang dilakukannya.
MH harap kita sebagai orang luar janganlah dengan mudah membuat spekulasi tentang Iqram dan melemparkan kata-kata negatif hanya kerana melihat dia berkelakuan sedikit pelik di video live Instagramnya.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan ekspresi diri dan dengan membuat Live di Instagram itu mungkin cara Iqram untuk mengekspresikan seni yang ada dalam dirinya.
Sumber: Mstar Online
The post ‘Dia Biasa Sahaja Di Rumah’ Ibu Iqram Tidak Hiraukan Tomahan Netizen appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan http://ift.tt/2EdWtHF

Post a Comment