Header Ads

Hanna Faresha, Anak Kepada Pelakon Fauzi Nawawi Yang Semakin Cantik Ini Menarik Perhatian Netizen.

Siapa tidak kenal dengan pelakon hebat Fauzi Nawawi yang sehingga kini masih lagi aktif dalam industri hiburan. Jika dilihat dari penampilan Fauzi yang sentiasa tampil muda pasti anda tak sangka bahawa Fauzi mempunyai seorang anak perempuan yang kini meningkat dewasa bernama Hanna Faresha.

Hana, 18, merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi bersama bekas isteri sebelum Fauzi mendirikan rumah tangga dengan aktres Lisdawati.

Pada Mac lalu, HanA telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, Fauzi juga membuktikan yang perpisahannya bersama bekas isteri bukan pengahalang untuk anaknya berjaya dalam pelajaran.

“Bekas isteri saya seorang penjawat awam. Dia mementingkan pelajaran, sama seperti saya dan Lisdawati terapkan kepada anak-anak. Walaupun kami sudah tidak bersama, kami berhubung baik demi anak-anak. Sebelum ini, anak sulung saya turut mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan kini melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

“Perpisahan saya dengan bekas isteri bukan penghalang anak-anak untuk berjaya kerana cara mendidik mereka harus betul dan pelajaran serta keperluan harian mereka harus diberikan keutamaan. Saya, bekas isteri dan Lisdawati sama-sama memberikan tumpuan kepada anak-anak supaya mereka pentingkan pelajaran dan agama.

“Saya juga sangat berterima kasih dengan Lisdawati kerana dia menjaga anak-anak saya bersama bekas isteri seperti anak-anaknya sendiri. Apa sahaja masalah yang melanda anak-anak, Lisdawati mengambil inisiatif untuk menghubungi bekas isteri dan bertanyakan sendiri masalah yang terjadi,” katanya lagi.

Sumber gambar Instagram HannaFaresha, Dunia Web!!

Sumber Katak Pisang

No comments