Header Ads

Ramai Tertanya-Tanya Apa Penyakit Lan Ketika Di Gegar Vaganza, Ini Jawapannya..

Malam tadi, sebelum Lan Solo memulakan persembahan, Nabil dan Jihan ada menyatakan bahawa bekas vokalis kumpulan Kristal itu tidak sihat dan sedang sakit.

Nabil ada menyatakan keadaan Lan yang amat sakit sehingga penyanyi ini perlu naik kerusi roda.

Ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya penyakit Lan ini? Kedengarannya seperti penyakitnya itu amat serius juga.

Akhirnya Lan tampil mendedahkan penyakit yang sedang dialaminya.

Melalaui laporan dari Sinar Harian, Lan Solo dikatakan mengalami penyakit buasir.

Kesakitan dari penyakit buasir yang dialaminya itu membuatkan persembahan Lan Solo pada minggu keenam pertandingan Gegar Vaganza (GV4) agak terganggu dan terjejas.

Juri jemputan iaitu Dato AC Mizal turut dapat mendengar Lan seperti sedang bergelut dengan sakit, kata AC Mizal suaranya seperti sedang sakit demam kerana suaranya 'crack'.

Disebabkan persembahan yang agak terganggu itu, malam tadi Lan berada di kedudukan 'bottom two', kali pertama Lan dapat kedudukan tersebut.

Namun rezeki Lan Solo masih lagi ada di Gegar Vaganza apabila Aqasha diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Berbalik kepada isu penyakit Lan, kata penyanyi ini, dia telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada hari Selasa minggu lepas.

Doktor ingin menjalankan pembedahan namun Lan ingin mencuba kaedah lain kerana dia mahu terus bertanding dalam rancangan Gegar Vaganza musim keempat ini.

Ini pendedahan Lan:

"Tapi sehingga hari Sabtu keadaan saya masih sama. Walau bagaimanapun, saya yang memohon untuk discharge dari hospital bagi membolehkan saya menyertai pertandingan ini.

"Hari Sabtu malam saya jalani latihan seperti artis lain. Dan malam ini saya sudah cuba buat yang terbaik untuk para penyokong saya. Saya tak mahu hampakan mereka jadi saya buat juga walaupun sedang menahan kesakitan,"

Lan menjelaskan, dia sengaja tidak mahu memberitahu orang ramai tentang penyakitnya itu sebelum ini kerana tidak mahu dianggap seperti meraih simpati.

Ini komen Lan lagi:

"Apa jua keputusan saya dah reda. Alhamdulillah rezeki masih berpihak kepada saya untuk mara ke peringkat separuh akhir.

"Untuk minggu hadapan pula, pun saya dah reda juga. Tapi impian tu kalau boleh mestilah nak ke final kan," 

Kini, Lan akan terus mendapat rawatan selanjutnya untuk penyakit buasir nya itu.

Dalam pada itu, Lan juga memohon doa daripada orang ramai terutama para peminatnya supaya dia diberi kesembuhan dan boleh beraksi seperti sediakala.

Semoga Lan Solo cepat sembuh dan kembali sihat! Semoga mara ke final Gegar Vaganza musim ke-empat.

Sumber: Sinar Harian

Sumber Berita Memey

No comments