Turki Hantar Pesawat Dan Tentera Ke Qatar, Ini Yang Telah Berlaku..
Pasukan tentera Turki memainkan peranan besar dalam menghentikan usaha rampasan kuasa politik terhadap Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, dalam krisis politik terbesar di Timur Tengah apabila Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan mereka dengan Qatar sejak tarikh 5 Jun 2017, menurut satu laporan sebuah surat khabar harian di Turki.
Kolumnis harian Turki Yeni Åžafak, Mehmet Acet mendakwa bahawa dengan memberikan perlindungan ke atas kediaman Emir Qatar di Doha pada malam pertama krisis tersebut, pasukan tentera Turki mencegah sebuah rampasan kuasa politik dan memberikan sumbangan terhadap kedaulatan dan kestabilan nasional negara itu di wilayah tersebut.
Arab Saudi dan UAE menjelaskan alasan pemutusan hubungan tersebut kerana dakwaan Qatar terlibat dengan apa yang mereka tuduh sebagai “kumpulan pengganas” dan hubungan dekat negara Qatar dengan Iran, yang (di mana pemutusan hubungan ini) bertujuan untuk melemahkan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani .
“Pasukan Saudi dan UAE tidak mempunyai peluang untuk menggulingkan Emir Qatar dan perlu kembali separuh jalan,” kata artikel tersebut.
Menurut Acet, salah satu anggota kerajaan yang meminta untuk tidak disebutkan namanya mengesahkan bahawa pada tarikh 5 Jun, hampir 200 tentera Turki diperintah untuk melindungi kediaman Emir Qatar pada malam hari, bagi menghalang jika ada pasukan yang cuba untuk mencederakan Emir atau menggulingkannya.
Pesawat-pesawat milik Tentera Udara Turki juga dilaporkan bersedia beraksi pada malam hari.
Pergerakan perlindungan kediaman terjadi setelah Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengadakan panggilan telefon membincangkan mengenai masalah yang sedang berlangsung dengan Emir Qatar.
Emir Qatar dilaporkan meminta bantuan Turki untuk mengambil tindakan dan melindungi Qatar sebelum pasukan Saudi dan UAE mencuba usaha rampasan kuasa.
Selain usaha diplomatik untuk mengatasi krisis tersebut, Turki juga telah menghantar bantuan makanan, termasuk produk buah-buahan, produk susu dan ternakan melalui laut dan udara, untuk membantu Qatar menghadapisekatan. Penghantaran bantuan dihantar dengan menggunakan hampir 200 pesawat kargo sejak krisis bermula.
sumber Laicikang http://ift.tt/2DrzIyC

Post a Comment