(Gambar) Dayang Nurfaizah Kata Nervous, Tapi Beri Impak Wow!
Persembahan memukau penyanyi Dayang Nurfaizah yang mengalunkan 25 buah lagu termasuk yang disampaikan secara medley di konsert solo sulung di Esplanade, Singapura diakui menjadi satu momen manis buat profil kerjaya penyanyi berkenaan.
Dayang ketika ditemui MH sejurus selesai konsert memberitahu, meski rata-rata penonton memberi komen positif terhadap persembahannya pada malam itu, dia tidak boleh menyembunyikan rasa gementar kerana ini merupakan sebuah konsert berskala mega pertamanya di negara luar.
“Bila mula saja langkah untuk masuk ke pentas, tiba-tiba rasa nervous. Biar jarak untuk ke tengah pentas daripada pintu masuk tidaklah jauh, tp saya rasa mcm panjang saja langkah. Bagaimanapun mujurlah, bila tengok peminat yang tidak putus-putus beri semangat, secara tidak langsung rasa gemuruh itu berkurangan. Sebab itulah saya selalu kata saya nervous bila nak sampaikan lagu seterusnya.
“Akan tetapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan,”kongsi Dayang yang mengambil inesiatif memilih lagu yang bakal dinyanyikan adalah menerusi permintaan pada peminat setianya.
“Saya ada juga tanya lagu apa yang peminat mahu dengar pada malam konsert. Jadi tadi merupakan antara lagu terpilih. Malah saya sendiri pun ada tidak nyanyikan lagu yang dipinta sejak sekian lama,”kongsi Dayang yang turut bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) Februari depan.
Terdahulu, ruang tempat duduk yang sold out pada malam itu menjadi saksi kembara seni lebih 20 tahun dari penyanyi asal Sarawak ini.
Mengenakan tiga persalinan dari Datuk Rizalman, Dayang membuka tirai konsert yang berlangsung lebih dam itu menerusi lagu hitsnya, Seandainya Masih Ada Cinta.
The post (Gambar) Dayang Nurfaizah Kata Nervous, Tapi Beri Impak Wow! appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan http://ift.tt/2CAGYZP

Post a Comment