'Maafkan saya dan isteri, niat saya cuma nak buka mata pihak berkaitan'
"Isu ini hanyalah salah faham sahaja dan ia sudah selesai. Malah mereka pun sudah meminta maaf," demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengulas mengenai video viral yang menunjukkan seorang bapa bersama anaknya berusia lima tahun meniti jambatan gantung yang rosak di Kampung Pamah Aur, Bukit Betong, Lipis.
Terdahulu, Siti Zaharah Ohtman, 33, memuat naik empat video di Facebook yang menunjukkan suaminya, Abdul Jalil Sulaiman, 41, bersama anaknya, Lutfil Hadi Abdul Jalil, 5, meniti jambatan gantung yang rosak itu.
Video yang dimuat naik dengan dakwaan Kerajaan Negeri gagal menyediakan infrastruktur yang sempurna kepada penduduk bagaimanapun 'memakan diri' apabila netizen mengecam tindakan ibu bapa berkenaan yang sanggup membahayakan anak mereka.
Menurut Wan Rosdy yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk melakukan kerja baik pulih jambatan itu dan ia sudah diluluskan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 21 Disember lalu.
"Saya juga terkejut apabila mendapat tahu mengenai video viral itu dan saya sudah berjumpa dengan Abdul Jalil dan beliau berpuas hati selepas mendengar penjelasan yang diberikan," katanya.
Wan Rosdy juga turut berkongsi dokumen kelulusan permohonan projek baik pulih jambatan gantung berkenaan di mana JKR telah meluluskan peruntukan sebanyak RM462,414,40 bagi membaik pulih jambatan itu bermula 8 Januari ini.
"Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya saya cuma mahu jambatan gantung yang sudah rosak itu dibaik pulih.
"Pagi tadi saya ingin menghantar anak saya ke prasekolah, tetapi jalan yang menghubungkan kampung ini dengan sekolah itu dinaiki air sebab banjir. Jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakan jambatan itu.
"Niat isteri ambil video itu cuma mahu pihak berkenaan mengambil perhatian terhadap masalah itu, tetapi ramai pula yang sudah salah faham, jadi saya mohon maaf.
"Yang Berhormat sudah menjelaskan bahawa permohonan menggantikan jambatan itu sudah diluluskan dan kerja dimulakan pada 8 Januari ini. Jadi saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan masalah ini," katanya.
Sumber Viral Purba http://ift.tt/2Cspd22

Post a Comment