Rindu Arwah Anak, Linda Rafar Luah Kesedihan Tengah Malam Tadi!
Melalui postingnya itu, Linda memberitahu dirinya tidaklah sekuat seperti yang disangkakan. Malah, dia akui sentiasa akan terkenangkan arwah anaknya saat semua orang kelilingnya tidur.
Lebih menyentuh perasaan apabila Linda memberitahu dia sangat kesal apabila mengejut anaknya untuk tidur ke bilik tidurnya sendiri apabila dia ingin tidur bersama ibunya di atas katil yang sama.
“Mintak tido satu katil dengan saya… Tapi saya cakap katil kecik tak muat… tetapi naluri seorang ibu tetap bagi dia tidur dalam setengah jam… saya kejut semula mintak dia tido dibiliknya… jika saya tahu itu malam terakhir dia tido atas katil saya… tak mungkin saya kejut dia,” tulisnya.Malah Linda memberitahu ini bukanlah salah satu cara untuk dia mendapatkan simpati namun hanya ingin berkongsi kesedihan itu bersama pengikutnya.
“Sy bukan raih simpati tetapi sy nk berkongsi rasa ini pd semua followers sy jika tiba2 dan tanpa di sangka2 allah ambik hak dia.. mcmne kita nk kawal perasan kita ketika allah menarik nikmat dunia ini.. itu hak dia bukan kita !! tp bole ke kita terima dugaan itu dgn redha?? Sape kita? Mampu x diri kita di uji sebegitu? Sesuatu yg kita sayangi allah ambik kembali,” tulisnya di ruangan kepsyen.Malah, dia turut memberitahu ingin kongsikan beberapa tanda pelik yang anaknya berikan padanya. Walaupun hanya menyedari selepas kematian namun dia tetap ingin berkongsi pengalamannya berhadapan dengan anak yang bakal pergi selamanya di dalam novel yang ke-2.
Buat pengetahuan semua sebelum ini, Linda ada menerbitkan sebuah novel tentang anaknya Menunggumu Di Pintu Syurga yang menceritakan tentang perjalanan hidup Allahyarham Memen. Melalui beberapa foto dan video yang ada.
Apapun MH harap Linda berbanyakkan bersabar dan kami juga doakan semoga impian Linda untuk terbitkan buku ke-2 ini dipermudahkan.
sumber : Media Hiburan

Post a Comment