Header Ads

Selebriti Malaysia Dengan Keputusan Cemerlang SPM! Siapa Sangka Mereka Bukan Setakat Popular, Tetapi Hebat Di Sekolah.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah salah satu debaran yang memang tak dapat dilupakan. Paling dinantikan setiap tahun sudah pasti keputusan SPM para selebriti atau anak mereka.

Jadi, kami senaraikan 8 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

1) Neelofa

Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi

Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. Memperoleh

keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.

Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).

Pelakon kelahiran negeri Kelantan itu kemudiannya melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

Bukan sahaja Cemerlang Dalam SPM tapi Tersenarai 5 Selebriti Wanita Malaysia Ini Mengaut Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun.

Neelofa Di Tempat Ke-4 Dengan Pendapatannya Bernilai RM1 Juta Setahun

Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa, ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Beliau juga merupakan juara Dewi Remaja 2010

Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.

Produk Kecantikan Sendiri Merupakan Salah Satu Penyumbangan Kepada Pendapatan Jutaan Ringgit Neelofa

Selepas menceburi perniagaan kasut, kini pelakon “Azura” muncul dengan produk kesihatan pertamanya, BellaVita.

Memandangkan latar belakang keluarganya dari bidang bisnes, dia tidak menunggu masa lama apabila mengusahakan perniagaan menjual kasut jenamanya, Neelofa Heels.

Selain itu, Neelofa juga merupakan duta buat produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan banyak lagi.

2) Mira Filzah

Tahun: 2010
Keputusan: 8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis itu pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM sekitar tujuh tahun lepas.

3) Ezlisa Loy

Tahun: 2013
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras

Ezlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 21, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).

Ezlisa memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.

4) Soo Wincci

Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

Soo Wincci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Malah, dia turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

5) Janna Nick

Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota

Nurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Janna pernah bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan akhir sekali di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota.

Menerusi peperiksaan SPM, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu memperoleh 6A dan 2B.

6) Najwa Latif

Tahun: 2012
Keputusan: 4A
Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012.

Penyanyi Cinta Muka Buku itu mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.

Bukan sahaja Cemerlang Dalam SPM tapi Tersenarai 5 Selebriti Wanita Malaysia Ini Mengaut Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun. Di Tempat Ke-5, Najwa Latif Dikatakan Memperolehi Pendapatan Sebanyak RM1 Juta Setahun

Najwa Latif merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu dari Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu – lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Royalti Muat Turun Nada Dering Dikatakan Menyumbang Kepada Pendapatannya

uniCLIQ melantik Najwa Latif sebagai DUTA rasmi E- Pembelajaran. Perlantikannya baru-baru ini sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran untuk pelajar-pelajar sekolah menjadikan artis remaja sensasi YouTube Najwa Latif berasa teruja dan berbangga kerana beliau dapat terus mengasah bakat seninya sambil menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Najwa Latif memperolehi pendapatan menerusi royalti muat turun nada dering, persembahan dalam dan luar negara serta duta produk.

Tetapi, Najwa Latif Tolak Laporan Mengenai Pendapatannya Yang Mencecah RM1 Juta Setahun

Najwa, 18, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

“Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa,” katanya kepada mStar Online.

“Bimbang juga laporan itu disalah erti tetapi ia tidak terlalu memberi kesan kerana apa yang lebih penting perhatian terhadap pengajian di UNITAR dan kerjaya nyanyian menjadi keutamaan saya,” jelasnya.

7) Ayu Nazirah (Anak Nurul Wahab & Ajai)

Tahun: 2015
Keputusan: 9A
Sekolah: Sekolah Tun Fatimah, Johor

Ayu Nazirah Mohd Faizal merupakan salah seorang anak selebriti yang pernah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Dia memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi manakala A+ dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

Ayu merupakan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Tun Fatimah (STF), Johor dan anak kepada pasangan Nurul Wahab dan Ajai.

Sebagai ganjaran, Ajai telah menghadiahkan anak perempuannya itu sebuah kereta.

8) Ammar Effendy (Anak Rozita Che Ta)

Tahun: 2013
Keputusan: 9A
Sekolah: Kolej Yayasan Saad, Melaka

Ammar Effendy merupakan anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan dan telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A.

Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi, Geografi dan Akaun.

Pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka itu kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham, Semenyih.

Sempena kecemerlangan itu, ibunya telah menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW.

Sumber – Sweet Nutella

Sumber Katak Pisang

No comments