” Semuanya Asli, Bukan Plastik”- Pelakon Baru Nadiyah Shahab Sangkal Dakwaan Buat Pembedahan Plastik.
Drama Lafazkan Kalimah Cintamu bukan sahaja mendapat perhatian kerana kemelut yang berlaku antara Farid Kamil dan penerbitnya sahaja, malahan, pelakon baru yang Nadiyah Shahab juga turut menjadi bualan netizen.
Digelar Barbie doll di alam nyata, Nadiyah ternyata mempunyai rupa paras yang cukup cantik. Berkulit putih bersih, bermata bundar dengan bibir yang menggoda, mulalah suara sumbang mengatakan selebriti ini menggunakan pembedahan plastik. Betul ke?
Semuanya asli
Ujar aktres ini kepada Mingguan Malaysia, dia tidak mahu mengambil pusing dengan dakwaan dan pertanyaan sama ada mukanya itu asli atau tidak. Dia sempat menegaskan wajahnya itu bukan dibuat-buat seperti didakwa segelintir pihak.
Saya tidak akan layan mana-mana persoalan mengenai raut wajah saya, sama ada asli atau sebaliknya. Semuanya asli dan ‘bukan plastik’ seperti dakwaan sesetengah orang.
Darah kacukan Arab-Jawa
Menurut Nadiyah lagi, dia juga bersyukur dengan darah yang diwarisi daripada orang tuanya yang berketurunan Arab-Jawa yang membuatkan dirinya kelihatan seperti sekarang.
Namun katanya, dakwaan membuat muka kerana dia kelihatan seperti seorang usahawan kosmetik adalah tidak berasas dan tidak sepatutnya wujud sama sekali.
Hanya kerana wajah saya kelihatan seperti seorang usahawan kosmetik tertentu, saya didakwa mengubah wajah asli. Padahal perkara itu tidak pernah wujud sama sekali.
Sumber – Ceritera Dunia
Sumber Katak Pisang

Post a Comment