Dari Jam 6 Petang Hingga 11 Malam, Kami Suami Isteri Hidup Tanpa Smartphone"
Fenomena ketagihan telefon pintar boleh dilihat di mana-mana. Pendek kata apa saja perkara yang dilakukan pasti smartphone tidak boleh berenggang walau sekejap. Waktu makan mata tidak lepas dari memandang telefon, waktu malam apatah lagi. Bagi yang bekeluarga, anak-anak pasti terkesan. Ibu bapa sibuk dengan telefon sepanjang malam, hingga kasih sayang anak-anak terabai. Realiti sebenar dalam masyarakat.
Cuba belajar menjauhkan diri dari gajet merupakan satu pendekatan yang baik jika tidak mahu keadaan bertambah parah. Paksa diri untuk belajar 'menyimpan' gajet kesayangan jika mahu setiap waktu yang dilalui bersama insan sekeliling berkualiti. Ini akan membolehkan anda memberi tumpuan kepada kerja-kerja lain yang juga memerlukan perhatian sepenuhnya terutamanya masa berharga bersama anak-anak.
Kaedah yang dikongsikan oleh Mawaddah MN seperti yang tular di laman facebook ini ada betulnya. Jadual yang diatur sendiri bersama suami iaitu larangan memegang smartphone pada tempoh waktu 6 petang hingga 11 malam sebagai ''waktu bersama keluarga'' yang tidak boleh diganggu. Dalam tempoh ini dia dan suami akan memberikan 200% perhatian hanya untuk anak-anak.
Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Ibu bapa di luar sana boleh cuba mengaplikasikan kaedah ini untuk meningkatkan mutu kehidupan bekeluarga. Pilihan di tangan anda. Semoga bermanfaat.
Saya dan suami sedang menjalani terapi di rumah yang sedang kami aturkan sendiri. Sudah seminggu menempuhi jadual baru kehidupan. Jam 6.00 petang hingga 11.00 malam, hidup tanpa smartphone.

Dilarang memegang smartphone walau dengan apa jua alasan. Baca facebook, buat posting baru dalam facebook, baca berita, cari bahan, tengok video ceramah, business online dan membaca serta membalas whatsapp. Semuanya dilarang sama sekali!
Jam 6 petang adalah waktu puncak anak-anak bersedia untuk mandi dan bersedia untuk memulakan aktiviti malam seperti solat berjemaah, baca iqra' atau al-Quran dan menyiapkan kerja sekolah. Kami ibu bapa wajib memberikan fokus 200% kepada aktiviti anak-anak.
Penggunaan smartphone termasuklah handphone, tablet, iphone dan sebagainya walaupun dengan alasan yang dianggap penting seperti menyiapkan tugasan kerja atau menjawab whatsapp dan telegram untuk business online misalnya, ianya mengganggu kosentrasi tanggung jawab ibu atau ayah di rumah. Kadangkala, membaca berita itu tidak sempat di waktu siang. Saat tiba di rumahlah, tangan kami mencapai handphone lalu dibaca satu demi satu berita mutakhir hari ini.
Tetapi terlupa bahawa anak-anak di rumah perlukan perhatian mama dan baba, ummi dan abi, ibu dan daddy atau mommy dan papa. Ralitnya ibu bapa mengadap handphone ketika baru sahaja tiba di rumah akan membentuk satu perasaan tidak berpuas hati di kalangan anak-anak kerana perhatian kepada mereka sudah jatuh nombor 3. Pertama handphone, kedua handphone, ketiga barulah mereka.
Oleh yang demikian, langkah ini diharapkan menjadi titik tolak kepada perubahan hidup yang lebih berkualiti. Waktu selepas Maghrib, saya dan suami 200% akan bersama anak-anak. Kadang-kadang keluar makan bersama tanpa membawa handphone. Saya pula tinggalkan handphone saya terus di rumah. Bye bye selphie dengan anak-anak. Good bye snap photo makanan dan hidangan. Cukuplah satu handphone dibawa oleh suami sebagai persediaan sebarang hal kecemasan.
Selepas jam 11 malam, barulah kami boleh memeriksa segala macam applikasi termasuklah fb, instagram, whatsapp dan menziarahi laman-laman website yang diwajibkan baca bagi mengetahui berita dan isu negara terkini.
Memandangkan masa sudah di penghujung malam, biasanya hanya sekejap saja kami melakukan aktiviti itu kerana pastinya sudah kepenatan seharian bekerja dan melayan kerenah anak-anak. Sesekali saya terlelap ketika menaip kisah untuk dibuat post di facebook. Mujurlah ada ruang pagi keesokan harinya yang agak panjang sebelum ke sekolah untuk menulis ketika anak-anak sekolah rendah kesemuanya sudah ke sekolah.
Saya menulis pada waktu malam sedikit, kemudian menyambung kisah atau coretan itu di awal pagi keesokan harinya. Waktu sebelum Subuh atau sebaik sahaja menyempurnakan Solat Subuh adalah waktu yang sangat segar untuk menulis (saya guru sesi petang). Namun, saya tidak boleh berlama-lama kerana perlu menyiapkan anakanda ke sekolah PASTI pula.
Aktiviti menulis saya bukanlah penting sangat. Tetapi saya memilih menulis di facebook sebagai medium pengantara saya dengan rakan-rakan dan masyarakat. Ia juga merupakan medan dakwah yang boleh saya manfaatkan. Paling utama, supaya saya mempunyai aktiviti sosial yang bagi menghilangkan tekanan di tempat kerja yang semakin mengasak dari hari ke hari. Saya tidak mahu tekanan di tempat kerja merosakkan mood dan emosi serta pemikiran positif yang selalu saya terapkan selama ini. Saya menerimanya sebagai cabaran yang wajib ditempuhi sebagai satu pengalaman hidup yang manis untuk dikenang di hari tua. (Itupun kalau sempatlah)
Dunia ini terlalu pantas menerima kemajuan dan kecanggihan. Pun begitu, manusia mempunyai hak menyusun atur hidup ini supaya tidak menjadi mangsa kehidupan di era manusia sudah semakin hilang pertimbangannya.
Doakan perubahan jadual ini akan menjamin kualiti hidup kami sekeluarga.
Firman Allah Taala:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka sendiri.” QS 13:11
*Minggu pertama terapi ini, ada juga lompongnya. Bunyi whatsapp masuk dan notification fb menggugat keimanan jua. Ada juga terbabas jawab sebab terlupa. Selepas ni saya perlu silentkan semuanya sebagai langkah berhati-hati di fasa permulaan mengubah kualitu hidup ke arah yang lebih baik.
siakapkeli.my

Post a Comment