Header Ads

[Gambar] Belum Ada Rezeki Timang Anak, Datin Alyah Ada Terfikir Mahu Lakukan IVF

Baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 3 Januari lalu, Datin Alyah mengakui ada merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) sebagai salah satu ikhtiarnya untuk mendapatkan cahaya mata bersama suami, Datuk Ramli M.S. Kongsi penyanyi Sesal Separuh Nyawa ini, dia pernah mengambil inisiatif dengan membuat rujukan ke beberapa pusat perubatan yang mengendalikan kaedah kesuburan berkenaan.

Terdahulu, Alyah dan Maestro Muzik Malaysia itu sudah pun mendirikan rumah tangga lebih lima tahun lalu.

“Bila bercakap soal anak, siapa yang tak mahu cahaya mata. Malah sebelum Datuk Siti lakukan kaedah berkenaan, saya sudah tanya beberapa pusat perubatan juga. Cuma mungkin disebabkan rutih harian misalnya tekanan dalam kerja dan gaya hidup menyebabkan saya sukar untuk hamil. Jadi memang saya pernah ada tanya kaedah tersebut. 

“Saya difahamkan, kalau mahu lakukan kaedah tersebut, saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan pertama kandungan kalau ada rezeki. Malah tidak boleh langsung pakai kasut tumit tinggi. Cuma itulah, buat masa ini biarlah saya selesaikan dahulu jadual seni sedia ada. Perlukan rehat yang cukup kalau nak buat IVF.

“Laporan seterusnya (mengenai mengandung atau tidak) kita nantikan pada tahun 2019 nanti ya,” seloroh Alyah ketika ditemui MH di majlis ulang tahun kelab peminatnya, Alyah4Ever di Red Box, The Curve, Damansara.

Dalam perkembangan lain, bintang asal Gelang Patah, Johor ini juga turut memperkenalkan single terbarunya, Jutaan Purnama menerusi muzik video lirik yang kini sudah boleh ditonton di YouTube.

Pada masa sama, penyanyi ini turut merakamkan rasa terharu dan berbesar hati apabila selain meraikan peminat yang selama ini sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak menjuarai Bintang HMI lebih 18 tahun tahun lalu, dia turut menerima kejutan hari jadi daripada para jemputan.

“Terima kasih buat semua yang hadir. Ada peminat yang sanggup datang dari Kedah dan Kelantan bagi mengikuti program ini. Sokongan kalian cukup saya hargai dan saya turut berbesar hati bila ada pihak yang sudi menaja aktiviti ramah mesra ini,” kongsinya lagi.

Hadir sama pada majlis ulang tahun berkenaan ialah penyanyi, Nita Hamzah yang kini secara rasmi menjadi artis rakaman (by project) Like Music Entertaiment yang dinaungi Alyah sendiri. Turut memeriahkan majlis ialah salah seorang rakan penaja, Datin Yulia Rosalina Yusop iaitu pengasas produk kesihatan Lime Shots.

Semoga kerjaya seni Alyah terus mekar di masa depan dan jom kita layan lagu Jutaan Purnama ni.

The post [Gambar] Belum Ada Rezeki Timang Anak, Datin Alyah Ada Terfikir Mahu Lakukan IVF appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan http://ift.tt/2rUwdAb

No comments