Lepas Putus Tunang, Sufian Suhaimi Makin Hensem Bermisai dan Berjambang
SELEPAS berteka-teki mengenai status pertunangan dan akhirnya terputus di tengah jalan, Sufian Suhaimi tampil dengan imej terbaru, bermisai dan berjambang.
Tidak berniat untuk kelihatan berbeza, namun penyanyi berusia 26 tahun ini melakukannya demi menjayakan pembikinan muzik video bagi single terbarunya, Di Matamu.
"Saya bukanlah nak buat imej baharu pun tapi it's just untuk muzik video baharu saya, Di Matamu.
"Insya-ALLAH, kita akan mula shooting awal Mac nanti," katanya pada Sinar Harian.
Pada masa sama, pelantun lagu Terasa Ada ini mengakui masih mencari keserasian dalam imej tersebut.
"Saya akui agak selesa tapi kadang-kadang terasa juga nak bercukur. Tapi, tengoklah macam mana nanti.
"Buat masa ini, fokus saya hanya nak siapkan muzik video itu dulu. Yang lain-lain, saya akan fikirkan kemudian," katanya.
Dalam pada itu, biarpun bukan versi rasmi, muzik video Di Matamu menerima hampir 500,000 tontonan pelayar di laman sosial, YouTube sejak dimuat naik pada 23 Februari lalu.
Bahkan, lagu nyanyian Sufian ini turut menjadi nombor #3 trending di YouTube dan menerima lebih 12,000 tanda suka (like).
"Wow! Saya terkejut apabila ia trending. Tak sangka orang suka lagu itu. Lagipun, itu sebenarnya bukanlah official version.
"Production record, muat naik di Instagram (IG) dan YouTube. Ia versi lirik dan dinyanyikan secara akustik serta tak formal.
"Tapi, it's a good side untuk dilancarkan sebagai single terbaharu saya," katanya.
Mendengarkan lagunya yang agak sedih dan bersifat melankolik, penyanyi lagu Terakhir ini mengakui naskhah berkenaan terkait dengan kisah hidupnya.
"Lagu itu sebenarnya dah mula ditulis secara berperingkat dari tahun lepas lagi.
"Memang lagu itu ada kaitan dengan kisah hidup saya dari tahun lepas dan a long the way.
"Alhamdulillah, ia akhirnya siap menjadi satu lagu pada Disember lalu," katanya.
sumber : utusan

Post a Comment