‘Masa Untuk Pulun, Hanya Ada 12 Tahun Saja Lagi’ – Shuib Sepahtu
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak popular, Shuib Sepahtu yang bila mana dia membuka sahaja mulutnya pasti ramai yang pecah perut mendengarkan lawaknya.
Shuib menerusi satu sumber berkata dia telah memasang niat untuk tidak mahu bekerja lagi apabila usinya memasuki 45 tahun dan pada waktu itu dia mahu berehat panjang bersama isteri dan anak-anaknya.
“Memasuki usia 45 tahun, saya tak mahu kerja lagi dan hanya duduk di tepi pantai bersama isteri dan anak-anak.
“Ketika itu, saya tak perlu fikir lagi soal duit dan luangkan masa sepenuhnya bersama keluarga tanpa perlu tertekan dengan kerja,” katanya kepada Mstar Online.
Menurut Shuib lagi dia hanya ada 12 tahun sahaja lagi sebelum usianya mencecah 45 tahun oleh itu dia harus bekerja keras mengumpul duit untuk masa depan keluarganya.
“Sekarang ini masa untuk saya ‘pulun’ sehabis mungkin, tak boleh berlengah kerana saya hanya ada 12 tahun sahaja lagi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shuib juga turut menjelaskan sebab utama dia meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio di Sinar Fm sebelum ini.
Kata pelawak ini, dia membuat keputusan tersebut adalah kerana mengakui kurang waktu bersama anak-anaknya.
“Saya akui apabila terlalu sibuk, rasa seperti jauh dengan anak-anak dan kerana itu saya berhenti sebagai DJ radio.
“Sekarang ini pagi-pagi saya boleh uruskan mereka dan kami ada banyak masa bersama dan saya juga nak fokus dengan bisnes yang baru saya ceburi,” katanya.
MH doakan agar segala perancangan Shuib dipermudahkan urusannya dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta hingga ke jannah.
Sumber: Mstar Online
The post ‘Masa Untuk Pulun, Hanya Ada 12 Tahun Saja Lagi’ – Shuib Sepahtu appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan http://ift.tt/2BIImaO

Post a Comment