Penjelasan Daphne Iking Pengacara Majlis Pelancaran Tudung Neelofar Memang Padu..
Pelancaran koleksi tudung #BeLofa oleh Naelofar Hijab malam Isnin lepas telah menimbuikan kontroversi dan dikecam hebat Netizen kerana tempat itu dikatakan tidak sesuai untuk melancarkan tudung.
Daphne Iking, selaku pengacara malam tersebut bagaimanapun telah membuat penerangan di ruangan komen akaun Instagramnya yang memberi gambaran mengenai majlis itu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Ia diterjemahkan sebagai:
Sebab saya ada di situ mengacarakan majlis itu di lokasi itu, saya rasa perlu untuk katakan sesuatu di sini. Lofa memang sudah menjangkakan kecaman dan dia memberi penerangan kepada kami semua mengapa lokasi itu dipilih.Mereka sudah meninjau lokasi lain, cuma melihat secara keseluruhan–bajet, logistik dan praktikaliti dalam pelaksanaan– lokasi itu ialah pilihan terbaik. Tiada alkohol dihidangkan. Tiada siapa merokok, yang hisap vape pun tak ada (dari apa yang saya nampak).Tiada poster atau apa-apa tanda berkaitan alkohol atau rokok yang dipamerkan. Pasukan yang menyiapkan lokasi telah pastikan semua itu. Apa yang orang luar tidak dapat lihat ialah lapan video yang ditayangkan, menunjukkan lapan orang mentor ikonik yang diidolakan oleh Lofa.Dia kongsi lapan teks “BE” yang memberikan inspirasi. Tarian itu ialah pertandingan Lip Sync dan permainan Heads Up yang saya acarakan dan pantau. Ia aktiviti santai yang tidak membawa apa-apa mudarat.Lagi satu, pelbagai acara diadakan di lokasi itu, dan saya pernah mengacara di situ untuk tiga acara lain, termasuk satu acara media untuk satu penerbitan bereputasi besar. Tiada alkohol yang dihidangkan juga. Band yang terdiri daripada semua wanita membuat persembahan dan terdapat acara pemberian anugerah.Ada orang tanya saya, “habis boleh buat ceramah agama ke di situ?” Itu terpulang pada anda, cuma dewan yang lebih besar dan terang patut dipilih untuk acara sedemikian.Tema acara Belofa ialah neon. Tak banyak tempat yang mempunyai peralatan teknikal yang mencukupi untuk membawakan tema sedemikian.
Daphne juga memilih warna berunsur neon sebagai pakaiannya untuk mengacara malam itu, kerana peralatan teknikal di lokasi itu akan menjadikan pakaian itu nampak menyerlah, sesuai dengan temanya.
Ini tema yang dipilih oleh Neelofa yang juga menjadi unsur dalam poster-poster BeLofa yang mula dimuat naik sejak seminggu lepas, – beautifulnara.com

Post a Comment