Header Ads

Program Realiti Sering Dicedok, Korea Selatan Perkenalkan Undang-Undang Baru

Sekarang ini MH lihat banyak betul program realiti Korea Selatan yang diminati ramai terutama sekali Running Man, 2 Days 1 Night, Law Of The Jungle, Infinity Challenge dan banyak lagi.

Tidak dinafikan rancangan itu semua memang seronok ditonton. Tidak kering gusi dibuatnya.

Namun biasalah, ada pula negara lain yang cuba meniru program realiti televisyen Korea ini idea terutamanya China.

MH difahamkan antara program yang menjadi mangsa ‘cedokan’ adalah Law of the Jungle, Youn’s Kitchen, Three Meals a Day, Show Me The Money dan Produce 101 serta Running Man!

Bagi mengelakkan perkara ini terus berleluasa, pihak penyiaran Korea telah mengetatkan undang-undang penyiaran mereka untuk melindungi program Korea Selatan dari plagiarisme dan akan berkuatkuasa mulai pertengahan tahun.

Pada 30 Januari lalu menyaksikan dua akta iaitu ‘Akta promosi kandungan industri’ dan ‘Akta promosi industri muzik’ telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat berkuatkuasa 31 Julai ini.

Akta tersebut dikemukakan oleh wakil Parti Rakyat, Lee Dong Seop.

Bagaimanapun beliau boleh menarik nafas lega apabila usahanya melindungi hak cipta Korea Selatan membuahkan hasil.

“Saya gembira bahawa kita (Korea Selatan) dapat melindungi hak cipta industri melalui undang-undang yang dicadangkan oleh saya,” katanya.

Bagi MH, bagus juga diletakkan hak cip seperti ini supaya tiadalah orang ambil kesempatan lagi kan?

Ini tak, penat-penat kerah otak cari idea nak buat program apa, senang-senang je orang lain cedok.

The post Program Realiti Sering Dicedok, Korea Selatan Perkenalkan Undang-Undang Baru appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan http://ift.tt/2BMQ5Vv

No comments