“Saya tak tahu apa salah saya…” – Bekas madu Izreen Azminda luah perasaan setelah diceraikan Ude
Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan kisah rumah tangga Intan dengan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, atau lebih dikenali sebagai Ude setelah beliau diceraikan oleh suaminya itu hari ini.
Intan ataupun nama sebenarnya, Intan Liana Salih ‘terpaksa’ berpoligami setelah suaminya itu berkahwin dengan pelakon popular Izreen Azminda sejak Ogos tahun lepas setelah beliau dengan suaminya itu berkahwin selama lima tahun dan memiliki dua orang cahaya mata.
Menurut mStar, Ude dilaporkan mahu menceraikan isteri pertamanya dan antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman. Intan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai situasi rumah tangga pada masa ini kerana tidak mahu memburukkan keadaan.
Intan mengakui masih menyayangi Ude itu dan berharap semua orang mendoakan kebahagian bekas suaminya bersama isteri barunya itu.
Apabila ditanya mengenai bekas madunya itu, Intan memberitahu yang beliau selama ini redha dan menerima Izreen Azminda itu sebagai madunya.
Walau bagaimanapun, perkara mula berubah dan mereka tidak lagi tinggal sebumbung semejak November lalu di mana Intan dan dua lagi anaknya berusia tiga dan satu tahun tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude.

Post a Comment