Header Ads

'Sedih dan terkilan' - Prof Madya tegur Neelofa

Berikut merupakan pandangan dari Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang mengulas mengenai isu pelancaran koleksi tudung Neelofa di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota malam tadi. 

PELANCARAN HIJAB NEELOFA DI KELAB MALAM THE ZOUK

Terasa amat sedih dan terkilan dengan perkembangan terbaru ini. Betapa jauhnya wanita muslim kini dari prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab. 

Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan taqwa, identiti kita sebagai wanita muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat-tempat maksiat, seperti kelab malam apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis muslim yang minum arak dan pertandingan ratu cantik melibatkan peserta Islam suatu masa dahulu.

Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengIslamkan entiti kelab malam seperti The Zouk atau sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?

Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia?

Betul, jangan difikirkan kata-kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula Ayat-Ayat Al-QuranNya berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.

Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan kerana Allah berfirman, 

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)

Allah Subhannahu wa Ta’ala,“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (Al Ahzab :59).

Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.Al-Ahzab : 32)

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu. (QS.Al-Ahzab : 33)Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. (QS. Al-Ahzab : 53)

BERITA BERKAITAN:

Sumber Viral Purba http://ift.tt/2CrOp8C

No comments