Header Ads

Woww! Koleksi Foto Bodyguard Wanita Di China. Bukan Sahaja Cantik, Tetapi Sangat Berbahaya!

Pengawal peribadi biasanya sinonim dengan lelaki yang tampan, kuat dan pakar seni mempertahankan diri. Tapi apa yang berlaku sekiranya pengawal itu seorang wanita cantik? Ini lebih kurang macam dalam drama korea tu tapi ini versi yang betul.

Siapa sangka, China mempunyai pengawal yang cantik dan dilatih untuk menjadi pengawal peribadi. Ini kerana sejak 20 tahun yang lalu bilangan orang kaya di China telah meningkat, dan ini kadar jenayah juga semakin tinggi yang mensasarkan golongan kaya.

Sebuah syarikat yang dipanggil Yun Hai Elite Security melatih wanita cantik ini untuk menjadi pengawal peribadi yang akan diupah kepada orang kaya di China.

Walaupun seorang wanita, jangan pandang rendah kerana mereka sangat berkebolehan. Berikut adalah fakta pengawal peribadi yang cantik tapi garang dan digeruni oleh penjenayah di sana.

1. Kelayakan Untuk Menjadi Pengawal Peribadi Perempuan Sangat Tinggi

Seorang pengawal peribadi bukan sahaja perlu mahir dalam seni mempertahankan diri, tetapi mereka perlu pakar dalam menangani apa sahaja keadaan. Sebagai contoh, selain perlu sangat mahir dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi, mereka juga harus menguasai psikologi untuk memastikan tuan mereka yakin dan selesa dengan mereka.

Dan yang paling penting untuk pengawal wanita ini adalah untuk sentiasa berpenampilan cantik sebagai salah satu teknik penyamaran supaya tidak dihidu oleh mana-mana penjenayah.

2. Wajah Cantik Saja Tidak Cukup

Memiliki wajah cantik sahaja tidak cukup untuk melayakkan wanita-wanita ini menjadi pengawal peribadi. Mereka perlu menjalani latihan khas dalam tempoh beberapa bulan. Dalam tempoh satu bulan, mereka akan dilatih untuk menguji mental dan fizikal mereka di mana latihan itu memang sangat lasak dan hanya mereka yang benar-benar mampu sahaja akan bertahan.

Sepanjang latihan mereka akan dikuarantin dan dilatih oleh urulatih khas dari syarikat Tianjiao Special Guard Ltd.Co. Syarikat ini adalah syarikat pertama yang mengadakan latihan pengawal peribadi di China.

Wanita-wanita ini akan menjalani pelbagai latihan fizikal seperti merangkak, disiram, mengangkat kayu yang berat dan menahan nafas di dalam air. Sepanjang latihan, mereka di beri pilihan untuk tarik diri sekiranya tidak mampu.

3. Mahir dalam seni mempertahankan diri dan penggunaan penjata

Bukan sahaja pakar dalam seni mempertahankan diri, pengawal wanita ini juga dikehendaki menguasai senjata. Dalam latihan, mereka diperkenalkan dengan banyak senjata seperti pedang, tongkat dan pistol. Dari banyak senjata, mereka juga sangat mahir menggunakan pen.

Mengapa pen bukan pistol? Sebagai seorang pengawal peribadi, pen ini adalah senjata membunuh apabila digabungkan dengan seni mempertahankan diri. Di samping itu, pen boleh ditikam ke dalam badan musuh dengan mudah dan akan meninggalkan kecederaan serius.

Pen juga sangat selamat untuk dibawa ke mana-mana bahkan tiada masalah untuk melalui sekuriti lapangan terbang.

4. Memiliki Banyak Kemampuan Lain

Pengawal peribadi wanita ini dipandang tinggi kerana sukar untuk dikenalpasti identitinya. Penjenayah mungkin akan beranggapan mereka adalah kakak, adik atau teman wanita mangsa. Namun sebenarnya wanita ini memiliki naluri yang sangat cekap dan pantas bertindak apabila penjenayah menyerang dengan tiba-tiba.

5. Bayaran Yang Sangat Mahal

Profession sebagai pengawal peribadi sangat trending di China kerana bayaran yang sangat mahal. Dianggarkan mereka akan dibayar RM25,000 sebulan dan disebabkan bayaran yang lumayan ini, ramai wanita yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang yang biasanya dipelopori oleh lelaki ini.

Walaupun agak mahal untuk mengupah pengawal peribadi wanita, namun masih ramai orang-orang kaya yang mengupah golongan ini kerana selain daripada cantik, mereka memiliki kemahiran yang luar biasa.

Sumber – Ejurnal

Sumber Katak Pisang

No comments