Header Ads

Kereta Api Kim Jong-un Kalis Peluru dan Bom? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Hanya mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 60 km/h.

Keselamatan pemimpin adalah paling utama bagi setiap negara. (Gambar: Businessinsider)
Sebut saja nama  Kim Jong-un, siapa yang tidak kenal bukan.
Pemimpin Korea Utara ini bukan hanya popular sebagai pemimpin semata-mata, malah gaya penampilannya turut menjadi tumpuan.
Malah kejadian kontroversi mengenai kematian abangnya Kim Jong-nam tahun lalu, menjadikan pemimpin ini bertambah popular di seluruh dunia.
Baru-baru ini Kim Jong-un sekali menjadi tumpuan apabila mengunjungi Beijing untuk bertemu Presiden China, Xi Jinping.
TAHAP KESELAMATAN TERTINGGI
Kereta api ini bukan calang-calang.
Namun apa yang menarik perhatian kali ini bukanlah pemimpin terbabit sebaliknya kereta api yang digunakan.
Melihat rupa luarannya saja kita boleh jangka yang kereta api ini bukan biasa-biasa.

Difahamkan, kereta api ini kalis perluru dan bom!
Kenderaan berkenaan mempunyai 90 gerabak berperisai dengan dua gerabak di hadapan dan belakang sebagai kubu pertahanan.
Bagaimanapun disebabkan bahan kalis perluru digunakan itu, pengangkutan ini hanya mampu bergerak pada kelajuan maksimum 60 kilometer sejam.
RUANG DALAMAN SERBA MEWAH

Pertemuan dengan legasi China di dalam kereta api ini.Jika anda fikir bahagian dalamnya sama seperti rupa bentuk luarannya, anda silap.

Ini kerana menurut Daily Mail, bahagian dalam gerabak dihiasi dengan dekorasi yang serba mewah.
Kereta api ini turut dilengkapi peralatan berteknologi tinggi selain turut mempunyai stok minuman keras berterusan bagi kegunaan pemimpin berkenaan.
Selain itu, set karaoke, dewan makan dengan pelbagai hidangan makanan mewah juga disediakan kepada pemimpin itu dan tetamu khasnya.

Difahamkan juga, keretapi berwarna hijau itu pernah digunakan bapanya, Kim Jong-il pada Mei 2000 ketika melawat pemimpin China ketika itu, Jiang Zemin.

sumber:rojakdaily

No comments