Header Ads

Handphone Tahan Lasak Ini Sesuai Untuk Anak Korang Yang Buragas “Baling Ke Dinding Pun Aku Boleh Chill Je”

  • Ibu bapa yang ada anak kecil mesti mengalami situasi dimana mereka suka campak-campak fon tanpa keraguan. Nak marah pun tak guna, sebab pada usia begitulah anak kecil ini sedang menghubungkan sel-sel otaknya dan belajar benda baru.
    Dengan rekaan telefon pintar yang semakin hari semakin slim, menyebabkan ramai pengguna seringkali rasa risau jika tidak dipasangkan casing. Banyak casing cantik dan tahan lasak kat luar sana tapi bila pakai, fon jadi tebal sampai tak dapat rasa binaan premium fon tu.
    “BUKAN SEKADAR TELEFON PINTAR”
    Memperkenalkan Honor 7X, sebuah telefon pintar dengan ciri rekaan ‘Airbag’ yang mampu memikat hati korang.  Ciri ‘Airbag’ yang diketengahkan oleh Honor ini bukanlah seperti yang anda fikirkan.  Ini kerana mereka menggunakan binaan casis yang mampu menahan hentakan dengan kuat.  Menurut pihak Honor, peranti ini mampu ‘hidup’ dengan lebih lama. Nyawa liat.

    Oleh yang demikian, kami rasa terpanggil untuk melakukan ujian hentakan terhadap Honor 7X.   Eksperimen pertama kami melepaskan fon ini pada paras bahu ke lantai simen sebanyak 15 kali. Kami dapat lihat terdapat kesan calar di permukaan atas badan peranti ini, terutamanya dibahagian tepi. Namun skrinnya langsung tidak terjejas malah tidak calar sedikit pun.
    Kemudian kami membaling fon ini ke dinding dengan balingan sederhana kuat. Sekali lagi, selepas 15 kali balingan, fon ini masih kental dan steady. Terdapat calar dan ‘luka’ kelihatan namun ianya masih lagi berfungsi dengan sempurna.
    Untuk eksperimen ketiga, kami menghempaskan fon ini ke dinding seperti balingan Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik. Selepas 2 kali balingan yang kuat ke dinding, akhirnya kami dapat melihat paparan skrin sedikit terjejas namun ianya masih boleh beroperasi seperti biasa. Yang mengagumkan kami lagi, skrinnya langsung tiada kesan calar atau retak. Power!

    Melalui eksperimen yang kami jalankan, kami akui fon ini mempunyai umur yang lebih panjang berbanding fon lain di pasaran walaupun dengan rekaan slim. Ianya dilihat sesuai pada korang yang jenis cuai, sekurang-kurangnya takdelah risau sangat nak kena ganti skrin baru.
    Untuk mengetahui info tentang Honor 7X dengan lebih lanjut, korang bolehlah layari Vmall. Yang bestnya, sempena pembukaan kedai rasmi Honor di Lazada pada 2 April ini, harga Honor 7X diturunkan dari RM1099 kepada RM899. Jimat RM200 kot! Jadi siap-siapkan diri anda untuk membeli Honor 7X di Lazada 2 April ini.

sumber : siakapkeli

No comments