Header Ads

“Saya perlukan rehat dan sedikit ruang ‘privacy’…” – Aishah jalani pembedahan bariatrik

Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Aishah telah selamat menjalani prosedur pintasan saluran pemakanan atau pembedahan Bariatrik.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Aishah memaklumkan dia tidak sakit dan hanya memerlukan sedikit masa untuk berehat setelah selesai pembedahan itu kelmarin.
Terbaru, Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu itu telah memuat naik satu lagi gambar yang kelihatan tersenyum serta dikelilingi jambangan buah tangan daripada rakan-rakan dan peminat.
Rata-rata netizen tidak lupa untuk memberi ucapan agar kesihatan beliau kembali pulih seperti sediakala dan dapat memenuhi jemputan nyanyian di majlis-majlis tertentu.
Bariatrik atau ‘mengikat perut’, dilakukan bagi mengatasi penyakit diabetes, sakit sendi dan sakit belakang dan mereka yang menjalani pembedahan ini kerana mengalami obesiti dan masalah kesihatan berkaitannya.
Aishah menerusi konsert di GV4 sebelum ini pernah mengakui mengalami masalah sakit lutut yang agak serious.
sumber : ohmymedia.cc

No comments