Header Ads

TERANG-TERANG GOL TU OFFSIDE!!... Pengadil boleh batalkan tak gol tu?

Dalam 17 peraturan bola sepak yang digubal oleh FIFA, peraturan ke-11 – offside atau ofsaid – merupakan peraturan yang paling mengelirukan sama ada bagi peminat mahupun pemain bola sepak sendiri.
Bahkan, ada juga peminat bola sepak yang merasakan mereka memahami peraturan ofsaid, namun sebenarnya tidak.
Mengambil contoh perlawanan Piala AFC 2018 peringkat kumpulan  di antara JDT dan Song Lan Nghe An FC tempoh hari, penyokong JDT yang menyaksikan secara streaming tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan pengadil yang membenarkan gol tersebut.

Peranan Penjaga Garisan

Dalam pertandingan bola sepak, seorang penolong pengadil (AR, yang dikenali sebagai penjaga garisan atau garis depan sebelum tahun 1996, ungkapan yang masih digunakan secara tidak rasmi) adalah pegawai yang ditugaskan untuk membantu pengadil dalam menguatkuasakan Undang-Undang Permainan semasa pertandingan. 

Tugas penolong pengadil umumnya terdiri daripada penghakiman apabila bola telah keluar dari garisan padang - termasuk mana pasukan berhak untuk mengembalikan bola untuk bermain, menilai apabila kesalahan offside telah berlaku, dan menasihati pengadil apabila melanggar Undang-undang Permainan telah berlaku daripada pandangannya. 

Dalam perlawanan tersebut, tiada pemain JDT yang membuat bantahan terhadap gol yang dijaringkan oleh pasukan lawan. Mungkin sebab masing-masing dalam keadaan keliru.

Bagaimana seseorang pemain dikatakan dalam posisi ofsaid?
Seseorang pemain dikatakan ofsaid apabila posisinya lebih hampir kepada garisan gol pihak lawan daripada bola dan pemain kedua terakhir pihak lawan.
358082.image0
 Dalam bahasa mudahnya, seseorang pemain dikatakan berada dalam posisi ofsaid apabila terdapat kurang daripada 2 orang (1+1) pemain pihak lawan di hadapan pintu gol pihak lawan.
Dengan konsep 1+1 ini, apa yang biasa berlaku adalah salah seorang pemain pertahanan menjadi pemain kedua terakhir, dan penjaga gol menjadi pemain terakhir dalam kawasan gol. Namun, apa yang perlu anda faham adalah, penjaga gol tidak semestinya menjadi salah seorang dari pemain terakhir pihak lawan.
Ini bermakna jika terdapat kurang 2 orang pemain lawan di hadapannya, pemain yang menyerang itu ofsaid. Bukan seorang, tetapi dua!
Contoh posisi pemain tidak ofsaid
Bagaimanapun, seseorang pemain itu tidak dikatakan ofsaid jika:
1. Pemain (biru no.7) berada dalam kawasan padang pasukannya sendiri.
Dalam situasi ini, pemain biru no. 7 tidak ofsaid kerana dia berada dalam kawasan padang pasukannya sendiri, walaupun tidak terdapat sebarang pemain dari pasukan merah di hadapannya.
edit
2. Posisi pemain (merah no.9) selari dengan pemain kedua terakhir (biru no.4) pihak lawan.
same A
3. Posisi pemain (merah no.9) selari dengan dua pemain terakhir pihak lawan (biru no.1 dan no.4).
same B
Yang sering menjadi salah faham adalah apabila peminat bola sepak menyangka: penjaga gol tidak termasuk dalam kategori 2 pemain terakhir peraturan ofsaid. Ingat peraturan 1+1, ya?
Bila peraturan ofsaid dikecualikan?
Peraturan offside kepada pemain dikecualikan apabila pemain tersebut menerima hantaran dari:
  1. Sepakan gol
  2. Lontaran ke dalam
  3. Sepakan sudut

Mengapa perlu ada peraturan ofsaid?
why-offside-rule-exists
Peraturan offside dicipta untuk menggalakkan bola sepak bercorak menyerang, kompetitif dan menghiburkan.
Jika peraturan ofsaid tidak dicipta, pasukan hanya akan membuat hantaran jauh sepanjang masa dan meletakkan pemain penyerang berhampiran kawasan gol pihak lawan. Dalam erti kata lain, peraturan ofsaid diwujudkan untuk mengelakkan pemain ‘mencuri ayam’.
Malah jika tidak kerana peraturan ofsaid, pemain bertubuh kecil dan perlahan tiada tempat dalam bola sepak.
Kesimpulan
Tidak dinafikan, disebalik latihan dan kursus yang dijalankan, pengadil tetap akan membuat kesilapan kerana adat manusia; kita sentiasa melakukan kesilapan.
Cadangan untuk menggunakan ulang tayang rakaman seperti sukan ragbi untuk mengurangkan kesilapan pengadil bagaimanapun ditolak mentah-mentah oleh FIFA atas alasan akan meningkatkan kos pertandingan dan liga bola sepak selain menyebabkan perlawanan menjadi perlahan dan kurang menarik (baca: kurang drama).
Apa pula kata anda? Adakah anda mahu bola sepak mula menggunakan ulang tayang rakaman untuk membantu pengadil membuat keputusan atau anda mahu mengekalkan bola sepak seringkas mungkin? Beritahu pendapat anda di ruangan komen.

Pengadil Boleh menolak keputusan Penjaga Garisan.

Penolong pengadil berfungsi sebagai penasihat, dan semua penghakiman yang dibuat oleh penolong pengadil boleh ditolak oleh pengadil.

No comments