Header Ads

Terpedaya Dengan Pujukan ” Ustaz” Untuk Jadi Isteri Ke-2, Akhirnya Dihalau Keluarga!

Assalamualaikum KRT, please hide fake akaun saya, umur saya 20an, baru grad dan sebelum ni saya tinggal dengan mak ayah saya yang mengongkong, mak ayah saya kerja kerajaan dari 8-5 ptg.
Adik beradik saya ada 6 orang, saya anak nombor 2, adik2 saya ada yang masuk ipt, sekolah lagi dan yang kecil berusia 4 tahun, selepas saya grad diploma mak ayah saya minta saya duduk di rumh saja jaga adik bongsu, saya tertekan.

Saya nak sambung belajar tapi adik2 semua belajar lagi. Semua perlukan duit, mak ayah juga minta tak payah sambung belajar. Saya nak kerja, pada mulanya mereka kata tak payah kerja, duduk di rumah saja jaga adik.

Saya tertekan dengan keadaan ni, adik-beradik juga tak sukakan saya, depan saya mereka okay. Belakang saya mereka kutuk2 saya, perangai mereka semua tak semengah. Buat macam2 hal sampai ayah cuma percaya saya seorang.

Okay, letak tepi dulu hal tu, dalam tertekannya saya. Saya terjumpa seorang ustaz (konon2nya), bekerja kerajaan. Saya gelar dia ustaz kerana dia claim dia hafaz Al quran dan pernah mengaji agama. Dia dah kahwin dah ada 4 orang anak, umurnya dalam 30an. Kami berkenalan dalam masa yang cukup singkat, katanya dia sejuk mata tengok saya.

Dia kata isterinya selalu tak melayan dia dengan baik, makan minum dia terabai, rumah tak berkemas, isterinya bekerjaya. Sewaktu kenal dia dari luaran saya nampak dia orang yang agak mewah, kereta ada 3 buah, salah satunya bmw.

Ustaz ni berkulit putih memang handsome, dia melamar saya untuk jadi isteri keduanya. Saya pula sudah mula suka padanya. Saya tak tahu nak gambarkan perasaan saya tapi dia kata nak gembirakan saya, nak bimbing saya, nak selamatkan saya dari tekanan yang saya hadapi.

Saya bawa dia jumpa keluarga saya. Dia jujur, dia beritahu dia suami orang tetapi mak ayah saya tak boleh nak terima lamaran dia. Ayah suruh saya berfikir, ibu pula gelar saya perosak rumahtangga orang. Ibu pandang serong pada saya dan ustaz itu, adik-beradik jangan cakap.

Mereka dah mula buat group sendiri dan mengumpat saya macam2. Waktu ini saya sudah mula memberontak, saya keluar dari rumah. Saya kata pada keluarga nak bekerja di kuala lumpur.
Ustaz tersebut ajak saya kahwin di siam, katanya ada kawan yang boleh uruskan, duit jangan bimbang, Dia ada. Saya yang sedang dalam tekanan, berharap dia mampu jaga saya, bimbing saya, mampu jadi penyejuk saya.

Dia kata selepas kahwin, dia akan beri saya rumah, kereta, kad kredit dia dan duit. Dia beri syarat perkahwinan ini rahsia, tiada siapa yang boleh tahu, isterinya juga tak tahu. Keluarga ustaz juga tak tahu. Saya iyakan saja, saya kata saya akan mengalah. Saya cuma mahukan dia. Lalu kami pun berkahwin di siam.

Ye. kami kahwin lari untuk menghalalkan hubungan yang terhalang ini. Kawan baik ada nasihat saya, supaya jangan buat macam tu tapi saya rasa apa yang saya buat ni betul. Tak salah dari segi agama.
Bermulalah episod duka saya, rumah yang katanya nak beri pada saya langsung tiada, kereta katanya tak boleh diberi pada saya. Nanti kantoi dengan isteri pertama, duit nafkah jauh sekali.

Bila saya minta duit nafkah katanya sudah habis dengan keluarga belah sana. Saya pula tak bekerja, saya nak makan apa kalau dia tidak beri duit. Rumah yang saya duduk sekarang rumah sewanya.
Itupun dia minta saya yang bayar sewa rumah, saya buntu. Saya terfikir, adakah saya ni salah buat keputusan kahwin dengan dia? Saya dah lah tak bekerja, disuruhnya saya bayar sewa rumah sendiri dan naik teksi bayar sendiri. Duit akaun bank saya tinggal rm100 je, itupun balance duit yang ayah beri semasa saya tinggalkan rumah.

Saya buntu. Saya ambil keputusan balik ke kampung. saya beritahu pada keluarga, saya sudah berkahwin dengan ustaz tu. Mereka semua marah dengan saya. Mereka halau saya keluar dari rumah, ibu ayah kata mereka kecewa dengan saya. Adik beradik bukan main suka bila saya kena halau.
Ya Allah, dugaan apalah yang berat sangat saya lalui ni. Saya pun balik ke rumah sewa suami, katanya saya perlu keluar dari rumah tu kerana ada orang lain yang nak menyewa. Saya pula tak ada duit nak menyewa. Kejam betul kau suami!

Suami saya sudah sebulan tak balik bermalam dengan saya, dia cuma datang 2 minggu sekali dan 1 jam saja itupun untuk lepaskan nafsu.

Katanya jangan sesekali saya mengandung dan jangan sesekali saya cuba contact isteri pertamanya. Mas kahwin saya masih dia berhutang, saya sudah mendesaknya beberapa kali untuk daftar nikah di malaysia tetapi pelbagai alasan yang di berikan, dia tak nak mendaftarkannya. Dia kata paling kurang dalam tempoh 10 tahun. Saya mengalah.

Ye, sekali lagi saya mengalah dan mendiamkan diri. Perlindungan yang katanya nak diberikan langsung tiada. Keadaan saya lebih kepada status perempuan simpanan padahal saya isterinya yang sah. Sekarang saya dah dapat kerja yang ada kelengkapan asrama. Saya buntu.

Saya sayang pada dia tapi dia buat saya macam kain lap kaki. Saya takut sekiranya saya mengandung, anak tak ada sijil lahir, di cop anak luar nikah dan status saya sekarang bagaimana? Kerana saya nikah di siam. Keluarga pula sudah buang saya.

Saya bukan nak salahkan orang berpangkat ustaz, malahan saya respect mereka. Benda ni kalau bukan ustaz pun boleh jadi, cuma nasib saya bertemu dengan suami yang katanya ‘ustaz’. Pengalaman saya ni dah cukup perit, saya takut.
Sumber – Bicara Islam

Sumber Katak Pisang

No comments