Header Ads

''Bila Suluh Je, Terus Gigil Lutut, Terasa Kaki Tak Pijak Lantai'', Wanita Ini Kongsi Pengalaman Cemas Anak Sumbat Mainan Dalam Hidung

Kanak-kanak kecil sememangnya mempunyai deria ingin tahu yang tinggi. Seboleh-bolehnya sewaktu bermain mereka akan cuba meneroka atau mencuba benda di sekeliling mereka. Disebabkan itulah, ibu bapa harus memantau anak-anak supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.
Perkongsian pengalaman oleh Erna Zuriena yang mengalami detik cemas apabila anaknya secara tidak sengaja memasukkan mainan ke dalam rongga hidung boleh dijadikan peringatan buat ibu bapa di luar sana. Mainan kecil yang disangkakan selamat, rupanya mengundang bahaya kepada anak-anak. Mujurlah ibu ini segera membawa anaknya ke hospital.
Moga kisah ini dapat dijadikan ikhtibar buat semua ibu bapa. Malang tidak berbau, jadi berhati-hatilah dan awasi anak anda. Elakkan membeli mainan yang terlalu kecil kerana sifat kanak-kanak selalu ingin mencuba sesuatu di luar jangkaan.
MALANG TAK BERBAU , IBU BAPA SENTIASA KENA ALERT
Since ramai yg tanya ibu kenapa aariz warded kelmarin so ibu nak buat kronologi pasal apa yg terjadi, ibu bapa jadikan ni satu iktibar untuk kita semua lebih alert apa yg anak cakap and apa yg anak kita pegang.. MALANG TAK BERBAU tau..
Hari selasa pukul 3 petang, ibu sakit kepala sangat.. jadi lepas makan ibu pun rest2 atas katil sambil cium minyak angin, aariz macam biasa main dengan kakak.. tiba2 dia datang and cakap 'dalam hidung adik ada mainan' sambil senyum2 kambing .. ibu mcm blur, and tengok biasa dlm hidung .. tapi tak nampak, so ibu just buat taktau.. tapi hati mula tak sedap, ibu panggil aariz and baring atas katil.. ibu bukak flashlight hp and suluh.. terus allahuakhbar !!

Gigil lutut terasa tak pijak lantai kaki, terus call ayah tapi terberjawab.. nak drive sendiri rasa tak terpijak pedal minyak sebab habis menggigil, mintak tolong kak Rohana Mat Ramli hantar g klinik, sampai KK sendayan cerita kat nurse, and nurse mintak jangan panik, just pergi emergency HTJ.. so balik dulu mandi2 sementara tunggu ayah aariz balik kerja, so lepas ayah aariz balik terus pergi emergency..
Sampai emergency, ambik no.. pukul 5 daftar, pukul 7 baru number naik.. so cerita dgn doc, doc mintak MA cuba 'keluarkn' tapi MA tu dh tertolak benda tu ke dalam.. and terus xtray , tapi tak nampak.. so diorang mintak refer kat Pakar ENT.. so pergi tingkat 4, doc pakar ENT sampai.. doc suluh memang benda tu tak nampak dari luar, dengan aariz langsung tak bagi kerjasama, meronta2..
Ayah sampai surrender pegang dia terlalu kuat meronta sebab dia meronta2 hidung sampai berdarah .. pakar still tak nampak dari luar, so diorang masuk camera kecik untuk makesure benda tu ada atau tidak, and YES ! benda tu ada, tapi terlalu dalam.. so warded untuk keluarkan benda tu esok hari, doc minta warded sebab doc nak pantau takut benda tu masuk ke saluran pernafasan, so doc cakap esok kena masuk dewan bedah and kena bius sepenuhnya sebab aariz tak bagi kerjasama, start pukul 2 pagi aariz dah mula puasa..

Pagi tu tunggu punya tunggu, sampai pukul 12 tak dapat masuk dewan bedah lagi sebab doc ada kes emergency, masa tu kesian kat aariz sebab dia dah lapar sangat, dia mintak susu mintak biskut.. sedih sangat2 kesian sangat2.. tunggu punya tunggu pukul 2 petang nurse suruh tukar baju untuk ke dewan bedah.. nerves sungguh ..

Sampai dewan bedah, ibu masuk dalam untuk teman aariz sampai dia betul tidur, macam2 rasa macam2 perasaan.. doc nyanyi lagu didi and friends untuk tenangkan aariz, masa prepare tu macam2 wayar kat aariz, aariz meronta2 nangis.. panggil ibuuu ayahhhh adik nak balik.. doc masuk ubat bius, tengah dia meronta tetiba sunyi and dia tidur.. allahuu.. sedih sangat.. nurse mintak ibu keluar, nurse suruh cium aariz.. masa tu tak kuat rasa, berjurai2 air mata keluar dewan bedah.

Ibu ayah tunggu kat luar sementara mata tak lepas tengok lcd yg terang2 nama aariz pembedahan sedang dijalankan, menunggu semuanya selesai.. sementara tu, ibu balik ward mandi semua.. tetiba ayah aariz msg bgtau aariz dah keluar, tepat jam 4petang.. ibu pun cepat2 dapatkan aariz.. ibu tanya benda apa yg keluar? and nurse pun tunjuk, allahuu mengucap ibu tengok.. macam mana boleh masuk lubang hidung benda besar tu.

Balik ward, terus bagi dia minum susu and makan.. bersugguh2 aariz makan.. kesian sangat. So lepas tu aariz kena stay 1 malam lagi sebab dia kena bius penuh tadi.. bagi dia betul2 stabil dulu.. and tengahari khamis aariz discharge.

Thanks kawan2 yg tak berhenti wassap sy tanya keadaan aariz, sy tak dapat nak jawab sesatu.. mana yg sempat je.. huhu thanks jugak yg doakn aariz.. so lepas ni kena lebih alert apa yg anak2 cakap atau kena lebih alert pasal mainan apa yg kita beli untuk anak.. mcm sy ckp, malang tak berbau.. budak kecik tu dia sentiasa ada perasaan ingin mencuba.. alhamdulilah semua selesai dgn mudah. Thanks juga pada doc pakar ENT, nurse2 bahagian ENT, nurse2 ward 8D.. thanks sgt2 atas layanan yg baik.
Beriya ayah aariz kemas rumah sebab dia nak cari and nak tahu benda apa yg anak dia bawak masuk dalam hidung, rupanya tayar helikopter.
Siapa nak SHARE dipersilakan tak perlu minta izin, harap apa yg terjadi kat anak sy boleh dijadikan iktibar para ibu supaya alert apa yg anak cakap, bila yg kita buat tak tahu tu la benda akan jadi parah akan ada jangkitan.. so please alert ya, mainan kecik2 sila buang .. budak2 sifat selalu ingin mencuba.
sumber : siakapkeli

No comments