Cikgu Pencen Rugi RM2.9 juta Kerana Serah Nombor Pin dan nombor TAC .. KAYANYA!!

Seorang pesara guru wanita kerugian RM2.9 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai kanan polis sejak tiga bulan lalu.
Penipuan tersebut bermula selepas mangsa yang berusia 60 tahun menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa sebagai pegawai bank dengan memberitahunya mempunyai tunggakan pinjaman sebelum talian itu disambungkan kepada sebuah ibu pejabat polis.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, suspek meminta membuat bayaran wang jaminan kerana mendakwa akuan bank mangsa telah terlibat dengan kes-kes jenayah seperti penggubahan wang haram.
Katanya, wang jaminan tersebut merupakan helah suspek yang kononnya memberikan bantuan bagi ‘membersihkan’ akaun bank mangsa daripada kegiatan jenayah.
“Difahamkan mangsa telah menyerahkan nombor pin transaksi perbankan internet termasuk nombor akaun TAC perbankan kepada suspek.
“Semakan yang dilakukan mendapati berlaku 21 transaksi pemindahan wang melibatkan jumlah keseluruhan RM2.9 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis (IPD) Pontian, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
sumber : utusanonline

Post a Comment