Fakta Menarik Mengenai Datuk Sudirman Hj Arshad, Mungkin Korang Tak Pernah Tahu
Nama Datuk Sudirman Arshad memang sentiasa menjadi lagenda di tanah air kita, hingga kini banyak warisan peninggalannya masih segar dalam ingatan rakyat. Lagu-lagu seperti ‘Chow Kit Road’, Warisan’ dan ‘Salam Terakhir’ masih lagi dinyanyikan masyarakat tidak kira bangsa.
Namun begitu, sejauh mana sebenarnya kita mengenali pemilik nama Sudirman ini? Di sini, MH kongsi beberapa trivia mengenai seniman lagenda tersebut.
1.Dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Pahang.
2.Nama Sudirman dilhamkan sempena nama seorang pahlawan dari Indonesia, Soedirman. Turut dipanggil Diman oleh ahli keluarganya.
3.Anak bongsu daripada 6 orang adik beradik, sejak kecil beliau sangat aktif menyanyi dan sering memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan juga terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah.
4.Merupakan graduan undang-undang daripada Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun memilih bidang seni sebagai kerjaya.
5.Mula dikenali apabila Johan Bintang RTM pada tahun 1976.
6.Momen yang paling diingati tentulah ketika beliau mengadakan Konsert percuma di Jalan Chow Kit. Ia juga turut diiktiraf dalam Malaysian Book Of Record.
7.Lagu ‘One Thousand Million Smile dirakamkan dalam bentuk ‘single’ dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu tersebut juga dilakukan di studio Abbey Road tempat rakaman album bagi penyanyi berpengaruh seperti The Beatles. Lagu tersebut turut dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari PBB.
8.Pernah menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat Allahyarham Saloma berjudul ‘Mama’.
9.Beliau meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘ Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap peminat.
10.Turut berbakat dalam bidang penulisan apabila pernah menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ di majalah URTV dan juga sebagai ‘residen writer’ di Kumpulan Media Karangkraf.
11.Tugasnya adalah menulis dan melukis untuk majalah terbitan Karangkraf seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Minguan Kanak-kanak dan Remaja. Turut menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa akhbar mingguan tempatan.
12.Meninggal dunia pada 22 Februari 1992, jam 4 pagi pada usia 37 tahun. Allahyarham disemadikan di Temerloh, Pahang.
13.Nama Sudirman Hj Arshad terus bersemadi di hati peminatnya hingga kini dengan gelaran ‘Penghibur Nombor Satu Asia’.
sumber: Internet
The post Fakta Menarik Mengenai Datuk Sudirman Hj Arshad, Mungkin Korang Tak Pernah Tahu appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan https://ift.tt/2I1haLE

Post a Comment