Header Ads

'Kau Makan Tempoyak Ke Tadi', Bau Di Tangan Buat Semua Orang Tahu, Amalkan 5 Tips Ini Supaya Tangan Tidak Berbau Makanan Lagi

Sudah menjadi adat kepada orang Malaysia khususnya kepada mereka yang berbangsa Melayu untuk menggunakan tangan ketika menjamah makanan. Katanya, makanan yang dimakan rasanya lebih sedap dan berselera.
Tapi yang tak seronoknya bila makan guna tangan ini adalah bau makanan kuat yang melekat pada tangan. Tambah-tambah kalau makan masakan yang menggunakan bahan-bahan yang memberikan bau yang kuat, seperti ikan patin masak lemak tempoyak, bau durian tu boleh lekat dekat tangan sehari suntuk.
Memang boleh buat hilang mood jugalah kalau orang disekeliling boleh tahu apa juadah yang kita jamah dengan hanya menghidu bau pada tangan kita kan.
Tapi macam mana nak hilangkan bau tersebut? Yelah, kalau ada sabun pencucui tangan dekar rumah tak apalah juga kan. Kalau tak ada, macam mana? Apa kata anda ikut sahaja tips yang dikongsikan di bawah ini. Semoga bermanfaat.
1. Gula
Di dapur rumah anda pasti ada gula. Jadi anda bolehlah guna gula tersebut. Caranya pun mudah walaupun bunyinya macam tak masuk akal.
Apa yang anda perlu buat adalah ambil sedikit gula, kemudian gosok di seluruh tangan anda selama 3 minit sebelum membasuh tangan dan gula tersebut dengan air biasa.
Mudah kan, tak salah untuk anda mencuba.

2. Cuka
Cuka pun turut boleh digunakan sebagai agen untuk menghilangkan bau pada tanan. Apa yang anda perlukan cuma dua sudu cuka sahaja.
Kemudian, anda gosok tangan anda dengan cuka tersebut sebelum mencuci tangan dengan sabun biasa.

3. Limau
Limau sememangnya mudah ditemui dalam produk-produk pembersih. Jadi, ia memang munasabah untuk menggunakan limau sebagai penghilang bau makanan yang melekat pada tangan.
Ambil sepotong limau nipis ataupun lemon dan gosok pada tangan anda sahaja. Mudah kan.

4. Garam
Caranya sama seperti menggunakan gula di atas. Ambil segengam garam kemudian gosoklah diseluruh tangan anda yangb berbau tersebut selama 3 minit.
Kemudian bilas dengan air biasa.

5. Daun Selasih
Ambil sekitar dua hingga ketiga helai daun selasih kemudian gosok pada tangan terutama di celah-celah jari hingga anda yakin bau sudah hilang. Mudahnya.

Pada kami, petua yang palaing mudah untuk diamalkan adalah menggunakan garam ataupun gula, jadi anda boleh menyimpan sedikit garam atau gula di pejabat anda supaya anda tidak lagi perlu risau untuk menggunakan tangan untuk menjamu selera ketika waktu rehat.
Sumber : Petua Ibu
sumber : siakapkeli

No comments