Header Ads

Pernah Kecewa Album Tak Dapat Sambutan, Bienda Harap Single Baru ‘Jaga Hati’ Tambat Hati Pendengar

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Penantian, Bienda mengakui sebelum ini dia pernah berasa kecewa apabila album ‘Kenaliku’ yang pernah dilancarkan pada tahun 2009 tidak mendapat sambutan.

Bienda berkata, kos pembikinan album tersebut dikeluarkan sepenuhnya oleh dirinya sendiri hasil daripada pendapatan kerjayanya sebagai pelakon ketika itu.

“Untuk album Kenaliku ni memang saya yang produce seratus peratus dan saya keluarkan kos hasil daripada duit saya keluar shooting berlakon semua tu. Saya simpan duit tu dan saya gunakan untuk keluarkan album tapi tak ada sambutan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya berjudul ‘Jaga Hati’ serta memperkenalkan dirinya sebagai wajah koleksi Aidilfitri bagi jenama Clarissa semalam.

Katanya lagi, dia sangat kecewa apabila album yang dikeluarkan tidak mendapat sambutan dan sesetengah stesen radio hanya memainkan lagu mengikut pilihan.

“Frust sangat bila album yang kita keluarkan tak dapat sambutan dan bila kita hantar pada a few stesen radio, ada lagu yang dimainkan mengikut pilihan. Saya sebagai artis kita masih nak menyanyi tapi rasa macam tak dapat sokongan.

“Ada stesen radio yang saya pergi sendiri untuk promosi album dan ada juga kawan-kawan yang saya hubungi sendiri masa mereka mula-mula jadi penyampai radio. So bila mereka hubungi mintak datang untuk support, saya anggap ia peluang untuk promosikan album.

“Tapi ada segelintir yang saya kenal dan berada di kedudukan yang sangat selesa, saya pergi sendiri untuk beri album saya tapi lagu tu tak dimainkan, sekurang-kurangnya bagi tahu la kenapa, mungkin lagu tak sedap contohnya,” katanya lagi kepada MH.

Tambahnya lagi, disebabkan terlalu kecewa dan merajuk dengan apa yang terjadi dia mengambil keputusan untuk berehat dan melupakan industri buat seketika. Baginya juga, perubahan muzik yang berlaku ketika itu mungkin merupakan salah satu sebab mengapa albumnya tidak mendapat sambutan.

Namun begitu, jiwanya sebagai penyanyi begitu kuat dan selama setahun semasa Bienda bekerja sebagai penyampai radio, dia telah mengkaji serta mendengar semua lagu-lagu yang sedang trending dan menjadi kesukaan pendengar.

Rentetan daripada itu, terhasillah single terbarunya ‘Jaga Hati’ dengan gubahan muzik yang lebih catchy dan lebih dekat dengan jiwa pendengar sekarang. Penyanyi ini juga berharap lagu Jaga Hati ini dapat diterima oleh semua.

“Saya harap sangat lagu ni mendapat sambutan dan dapat diterima oleh semua pendengar,” katanya.

The post Pernah Kecewa Album Tak Dapat Sambutan, Bienda Harap Single Baru ‘Jaga Hati’ Tambat Hati Pendengar appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan https://ift.tt/2HhSG0h

No comments