“Takde sesiapa panggil ambulans!” – Lelaki Dilanggar Kereta Di KL Mati Sebab Tak Dapat Pertolongan
Ini adalah satu tragedi di mana rakyat Malaysia perlu ambil pengajaran besar daripadanya!
Seorang rakan bernama Calvin telah berkongsi kisah ini kepada WORLD OF BUZZ berkenaan pengalaman buruk yang dia hadapi beberapa hari lalu yang mana kalau korang baca ni, mesti korang mengamuk habis punyalah! Admin yang tengah tulis berita ni pun bengang tau!
Calvin memberitahu,
“Malam tu saya keluar berparti dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah jam 6.30 pagi macam tu, saya nampak seorang lelaki cedera parah di tengah jalan. Kejadian ni berlaku kat Jalan Raja Chulan.
“Ada beberapa orang kat situ, dalam empat ke lima orang berdekatan mangsa. Mereka start jelaskan kepada saya apa yang berlaku. Rupa-rupanya lelaki tu nak lintas jalan, lepas tu dia kena langgar dengan sebuah kenderaan – tapi saya tak sure sama ada ia kereta atau bas.”
Dan yang lebih mengejutkan, Calvin juga mendedahkan yang bila dia tanya sama ada ambulans dalam perjalanan ke tempat kejadian atau tak, orang-orang kat situ macam clueless tak tahu apa-apa!
Saya tanya mereka kalau ambulans tengah datang atau tak, dan apa yang mengejutkan saya ialah tiada siapa yang menghubunginya! Saya pulak yang kena call untuk minta bantuan!!!”
Menurut Calvin, driver yang melanggar mangsa juga ada di situ. Ketika dia bertanya, driver tu masih dalam keadaan terkejut.
Dalam keadaan kelam kabut, Calvin hubungi ambulans berkali-kali untuk pastikan dorang sampai ASAP. Ambulans akhirnya sampai 20 minit kemudian dan apa yang terjadi selepas ni buat Calvin sangat-sangat kecewa.
“Bila ambulans tiba, pasukan medik ambil masa sesuka hati untuk merawat mangsa. Macam tengah berlakon cerita Baywatch pulak. Dia berjalan macam style, buka perlahan-lahan pintu ambulans dan check lelaki tu yang cedera parah atas jalan lambat-lambat.
“Mungkin korang ingat dia akan tergesa-gesa nak selamatkan nyawa mangsa sebab setiap saat sangat berharga kan? Ni NYAWA SEORANG MANUSIA!”
Fuh gilalah paramedik buat perangai macam tu! Dahlah sampai lambat lepas tu take own sweet time pulak bila nak rawat pesakit.
Sebaik pihak polis tiba kat tempat kejadian, Calvin pun beredar. Tapi apa yang dialaminya tu akan jadi titik hitam yang tak mungkin dia lupakan.
“Memang gilalah lalui pengalaman macam tu. Lelaki tu masih lagi bergerak masa saya tengok dia, tapi tetiba dia berhenti bernafas. Melihat seseorang yang hidup kemudian mati di depan mata korang ialah… satu perkara yang memang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata.”
Dalam pada tu, Calvin mengaku yang dia tak tau apa yang boleh dia lakukan lagi untuk membantu mangsa pada masa tu. Dia cuma berharap orang yang ada paling awal di tempat kejadian sepatutnya menghubungi ambulans terlebih dahulu dan mungkin ambulans boleh tiba di situ dengan lebih cepat. Ataupun kalau boleh paramedik jalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh untuk bantu mangsa. Haih!
Kalau korang lalui situasi yang sama satu masa nanti, cepat-cepat call ambulans tau! Jangan berlengah walaupun korang masih dalam keadaan shock. Nyawa mangsa mungkin boleh diselamatkan.
Baca: Menyayat Hati! Wanita Hanya Mampu Lihat Suami Dijilat Api Dalam Kemalangan Jalan Raya di Kulai
The post “Takde sesiapa panggil ambulans!” – Lelaki Dilanggar Kereta Di KL Mati Sebab Tak Dapat Pertolongan appeared first on Lobak Merah.
sumber: lobakmerah

Post a Comment