Tamak & Jijik! Chef Wan Kesal Sikap Pelanggan Pasaraya Aeon Tebrau

Pasaraya Aeon Tebrau, Johor ditutup kepada orang ramai pagi ini, bagi tujuan pembersihan selepas diserbu orang ramai, semalam. Kami di Hangat.com sangat kesal dengan segelintir pelanggan yang bersifat pengotor dan tak bertanggungjawab meninggalkan troli mereka yang penuh dengan barang.
Menurut Harian Metro, penutupan bahagian pasar raya itu lanjutan kunjungan mengejut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, semalam.
Tunku Ismail mengumumkan menggunakan pembesar suara akan membelanja setiap pelanggan sehingga RM3,000 barang keperluan dan orang ramai berpusu-pusu memenuhkan troli ke kaunter. Hmm.. Malu kan?
Hal ini turut mendapat respon dari selebriti Chef terkenal di Malaysia. Chef Wan tampil memberikan kenyataan menerusi laman Instagram miliknya berkenaan tindakan terkutuk pelanggan di pasaraya tersebut.
“Saya sangat terkejut dengan hal sebegini. Yang pasti ini semua boleh juga mengundang ramai lagi manusia-manusia bersikap tamak haloba melayan nafsu mereka.”
Chef menganggap tindakan sebegini sangat menjijikan dan memalukan malah pemberian sepatutnya untuk golongan yang memerlukan.
“Ia sangat menjijikan. Sudah tentu tak semua bersikap begitu melainkan menerima sedekah itu. Dalam dunia ini ramai lagi insan yang bernasib malang lebih memerlukan. Kita seharusnya ambil pengajaran dari apa yang dah terjadi.”
Menerusi gambar yang menjadi tular di media sosial, banyak barang yang rosak dan tak boleh digunakan lagi. Bagi Hangat.com, itu satu pembaziran yang amat besar.
Foto: MyNewsHub Foto: MyNewsHubTamak & Jijik! Chef Wan Kesal Sikap Pelanggan Pasaraya Aeon Tebrau

Foto: MyNewsHub Foto: MyNewsHub
Post a Comment