Header Ads

“Tiba-Tiba Rasa Sesak Nafas Masa Tidur.” Gadis Terkejut Wayar Charger Telefon Rm5 Terbakar Hingga Merebak Ke Tilam..

Perbuatan mengecas telefon pintar ketika sedang tidur bukanlah sesuatu yang asing, namun ramai tidak menyedari tindakan itu sebenarnya membahayakan nyawa.

Akibat itu juga seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) nyaris kehilangan nyawa apabila bilik sewanya di Setapak, Kuala Lumpur terbakar dan diselebungi asap.

Syuhairah.

Dakwa Syuhairah Mohd Yusof, insiden itu dipercayai berlaku kerana dia menggunakan pengecas telefon bimbit murah berharga RM5.

"Saya terjaga kerana mengalami sesak nafas dan terkejut melihat api terlalu dekat dengan tilam tempat saya tidur.

"Saya panik kerana mungkin mati akibat lemas dalam kepulan asap yang sangat tebal," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Pelajar ijazah Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) itu bertindak pantas memadamkan api menggunakan kain basah bagi menghalang api merebak lebih teruk.

Dalam insiden pada pukul 3.30 pagi Selasa itu, api dipercayai berpunca dari sambungan plug soket dan merebak ke sebahagian tilam yang terletak bersebelahannya.

Posting Syuhairah mengenai insiden itu tular di Facebook dan menerima lebih 4,500 tanda suka (likes) serta mendapat 9,897 perkongsian. 

Keadaan tilam Syuhairah yang hangus terbakar dijilat api.

Kata pelajar yang berasal dari Tanjung Malim, Perak itu, dia hairan apabila mendapati telefon bimbitnya tidak mengalami sebarang kerosakan dalam insiden itu.

"Ketika saya tersedar, api sudah 'makan' separuh daripada kabel telefon. Tapi mujurlah telefon saya masih elok digunakan.

"Saya harap orang di luar sana elakkan perbuatan mengecas telefon ketika tidur kerana kita tidak tahu bila kejadian tidak diingini berlaku," ujarnya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Menurut Syuhairah, dia menyewa di bilik tersebut kerana sedang menjalani latihan amali di sebuah firma swasta di ibu negara.

Pelajar tersebut terpaksa mengambil cuti sakit keranamelecur di bahagian tangannya ketika cuba memadamkan api tersebut.

sumber:penmerahpress

No comments