White Room, Hukuman Yang Tidak Menyakitkan Tetapi Kejam!
Dalam dunia ini, ada bermacam-macam jenis hukuman yang dilakukan sebagai balasan kepada orang yang melakukan kesalahan. Walaupun kebanyakannya dilakukan untuk memberi pengajaran kepada pesalah, ada juga hukuman yang kejam bertujuan untuk menyiksa pesalah baik daripada segi fizikal mahupun emosi.
Ada satu jenis hukuman yang kedengaran agak pelik tetapi boleh dianggap kejam. Hukuman ini diberi nama Bilik Putih (White Room).
White Room
Dalam hukuman ini, seorang pesalah akan diletakkan dalam bilik yang serba putih. Dinding putih, katil putih, lantai putih, baju putih, lampu putih – segalanya putih. Malah, mereka akan ditempatkan dalam bilik yang sangat sunyi dan kalis bunyi.
Hukuman ini banyak dilakukan di Iran dan memberi kesan buruk kepada psikologi seseorang seumur hidupnya.
Kesan Psikologi Kepada Pesalah
Sekali pandang, mungkin tidak ada yang nampak kejam. Hukuman White Room ini sebenarnya sejenis hukuman yang memberi kesan buruk kepada psikologi seseorang. Ianya akan membunuh deria penglihatan dan pendengaran seseorang. Seseorang yang berada dalam White Room dalam tempoh yang lama akan mengalami kekurangan deria rasa dan mengalami masalah untuk mengingati orang lain.
Kesan daripada hukuman ini biasanya sukar hilang dan mungkin akan menghadapinya seumur hidup!
Salah seorang bekas banduan yang telah menjalani hukuman ini berkata:
“I was there for eight months and after those months I couldn’t remember my father and my mother’s face,” Fakhravar stated. “When they released me from that prison I was not a normal person.”
Terjemahan: Saya telah dipenjarakan selama 8 bulan dan selepas dilepaskan, saya tidak dapat mengenalpasti dan mengecam mak dan ayah saya. Bila mereka melepaskan saya daripada penjara tersebut, saya bukan lagi manusia yang normal.
Selain Iran, beberapa negara di dunia juga pernah menggunakan hukuman ini kepada pesalah. Semasa zaman bekas Presiden George Bush, pihak Amnesty International dan beberapa badan kebebasan manusia pernah mendakwa Amerika Syarikat menggunakan hukuman yang serupa terutamanya kepada pesalah yang ditempatkan di penjara rahsia Guantanamo Bay.
Di Venuezela juga, badan kebebasan manusia melaporkan hukuman yang sama juga pernah dilakukan terhadap banduan. Kebanyakan pesalah yang dikenakan hukuman ini dilaporkan cuba membunuh diri kerana tertekan. Cara ini selalunya digunakan untuk memaksa seseorang itu mengaku kesalahan yang dilakukan tanpa menyeksa mereka secara fizikal.
Sumber – OhGebang
Sumber Katak Pisang

Post a Comment