Atikah Suhaime Akui Awi Rafael Selalu Beri Pesan Agar Sentiasa Jaga Solat, Ingat Tuhan
Mungkin ada di antara peminat seni yang sedia maklum mengenai hala tuju penyanyi asal Singapura, Awi Rafael yang kini lebih selesa untuk terlibat di dalam aktiviti kerohanian meski masih lagi aktif dalam seni.
Malah, salah seorang peserta Gema Gegar Vaganza musim kedua itu juga turut mendedahkan, lebih sedekad dalam industri, dia kini makin matang dan cuba menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Mengulas mengenai perkara itu, tunang kepada bintang tersebut, Atikah Suhaime turut berkongsi momen sama.
Atikah mendedahkan, sejak dahulu lagi penyanyi lagu Manusia Sempurna itu acap kali memberinya motivasi apabila berdepan tekanan, selain memintanya agar sentiasa mengingati Sang Pencipta.
“Dia selalu ingatkan saya. Kenapa tidak untuk mencari ketenangan dengan cara sentiasa ingatkan Dia. Berdoa dan minta petunjuk daripadaNya.
“Rasa ‘wow’ apabila ada yang memberikan semangat dan nasihat sedemikian,”katanya jujur kepada MH.
Ditanya sama ada nasihat yang diberikan Awi hanya berlaku sejak dia mengikat tali pertunangan, pelakon filem seram, Volkswagen Kuning itu menjelaskan, nasihat positif yang diterima dari Awi adalah sejak sebelum bertunang lagi.
“Kami saling kenal sudah lama, cuma kian rapat sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, nasihat hampir sama sudah pun saya terima sejak dulu lagi, sebelum kami bertunang.
“Dia juga turut berpesan, kita perlu jaga solat. Meski pada penampilan dia seakan ‘rock star’, tapi dia memang berbeza jika mengenalinya secara personal,” katanya yang kini gigih ulang alik ke Indonesia bagi mengembangkan bakat lakonannya di sana.
Ikuti sedutan temu bual bersama Atikah menerusi FB LIVE MH.
Lama tak dengar kisah Atikah Suhaime. Jom dengar ap cerita mengenai tunang Awi Rafael ni…
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 25 April 2018
The post Atikah Suhaime Akui Awi Rafael Selalu Beri Pesan Agar Sentiasa Jaga Solat, Ingat Tuhan appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan https://ift.tt/2KsgPjB

Post a Comment